:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 1 November 2012

Ikhlas motivasi mukmin terus bekerja

http://nuraurora.files.wordpress.com/2010/07/rabithah.jpg

Ikhlas 

 motivasi mukmin terus bekerja



Direkodkan daripada Ma’n bin Yazid,
 dia berkata:
 “Saya, ayah dan kakak
 menyatakan baiat (akur janji) 
kepada Rasulullah, kemudian beliau 
meminang seseorang lalu mengahwinkannya 
dengan saya. Pada satu hari, 
saya mengadukan persoalan 
kepada Rasulullah:
 “Ayah saya Yazid, 
menyedekahkan wang beberapa dinar 
dengan menyerahkannya kepada 
seseorang untuk diberikan kepada masjid."


Ketika saya ke masjid, 
saya menerima pembahagian itu. 
Kemudian saya membawanya kepada ayah saya.
 Kata ayah, demi Allah dia tidak berniat
 memberi sedekah itu kepada saya. 
Saya mengadukan hal itu 
kepada Rasulullah lalu Baginda berkata: 



" Wahai Yazid, 


engkau menerima pahala 


sesuai dengan niatmu 


dan engkau wahai Ma’n, 


apa yang engkau terima itu

adalah milikmu.”

 (Sahih Bukhari)




Direkodkan daripada Aisyah, 
dia berkata, 
Rasulullah bersabda: 
“Sekiranya isteri 

menyedekahkan sebahagian makanan 

di rumahnya tanpa berbuat kerosakan 
(tidak mengganggu keperluan keluarga) 

dia akan mendapat pahala kerana dia
 adalah yang bekerja bagi
 menghasilkan makanan itu. 

Bahkan jika
  pelayannya berbuat begitu,
 dia juga mendapat pahala yang sama
 dan pahala masing-masing 

tidak dikurangkan sedikitpun.”
 (Sahih Bukhari)




Keikhlasan adalah elemen motivasi terhebat. Ikhlas membuahkan kerja yang berkualiti. Ikhlas memotivasikan manusia terus bekerja dan bersemangat semasa orang lain terkesan dengan kejian, cacian, pujian dan ujian hingga menghentikan kerja mereka.


Keikhlasan menimbulkan motivasi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, tetapi apabila menerima ganjaran, ia adalah kasih sayang Allah tanpa mengurangkan keikhlasan.

 

Keikhlasan menjadi motivasi untuk sentiasa istiqamah melakukan amal soleh sama ada di depan manusia atau di belakang mereka kerana keikhlasan kunci kepada segala motivasi.


Buku Kisah-kisah Gaya Motivasi Rasulullah
 
 http://jalanfirdaus.files.wordpress.com/2011/02/bahagia.gif

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...