:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 22 Januari 2012

Wuduk tidak batal selagi belum terdengar bunyi kentut






Persoalan Agama:

Wuduk tidak batal selagi belum

terdengar bunyi kentut



Bersama Ustaz Zahazan








APAKAH hukum menahan buang angin ketika sembahyang? Adakah solat itu sah? Keduanya, adakah terdapat solat sunat sebelum Maghrib? Harap dapat disebutkan hadisnya.






SYAUQI,

Langkawi, Kedah.







SYARAT sah solat ialah terpelihara wuduk. Satu perkara yang membatalkan wuduk adalah keluar angin. Jika seseorang menahan kentut sehingga angin tidak keluar, maka wuduknya tetap sah. Justeru, berusaha sedaya upaya menahan itu sendiri tidak membatalkan solat. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:






“Tidak (perlu mengulangi) wuduk

kecuali kerana ada suara (buang angin)

atau mendengar bunyi angin.”









Imam Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:






“Jika salah seorang di antara kamu sekalian

berasakan ada angin (ketika dia berada) dalam masjid,

maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk) kecuali

apabila dia mendengar suara atau mendapati keluar angin.”










Namun, solat seseorang yang menahan angin, atau air kecil atau besar dinilai makruh oleh ulama, kerana keadaan demikian pasti mengganggu tumpuan atau kekhusyukannya, akan tetapi keadaan ini tidak membatalkan solatnya.









Penjelasan mengenai solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu Maghrib didapati dalam beberapa hadis Nabi SAW dan analisis ulama. Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:







“Kerjakanlah solat dua rakaat sebelum maghrib

(iaitu sesudah azan Maghrib),

kerjakanlah solat dua rakaat sebelum Maghrib!”








Pada kali ketiga, Baginda menambah:






Bagi sesiapa saja yang mahu (tambahan ini),”








kerana Baginda tidak suka kalau orang menjadikan solat itu sebagai kebiasaan.

Imam al-Bukhari, Muslim, dan an-Nasa’i meriwayatkan juga bahawa sahabat Nabi, Anas bin Malik menjawab ketika ditanya oleh al-Mukhtar bin al-Mukaffal:






“Adakah Nabi SAW mengerjakan solat dua rakaat

sesudah masuk waktu Maghrib dan sebelum solat fardu Maghrib?”

Anas menjawab:

Baginda melihat kami mengerjakan solat,

tetapi baginda tidak menyuruh dan tidak juga melarang kami.”









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...