:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 23 Januari 2012

Iri hati kerana ilmu dibenarkan Islam


Click to view full size image


Iri hati kerana ilmu dibenarkan Islam



RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:






“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara

iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWT harta

lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar

(yang diredai oleh Allah SWT) dan

orang yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan,

lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum

berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis)

serta diajarkannya pula kepada orang lain.”



(Hadis riwayat al-Bukhari)
.






Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati
melainkan kepada perkara yang boleh mendatangkan kebaikan saja.







Islam tidak membenarkan orang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dulu merujuk kepada al-Quran dan hadis, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.







Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia, melainkan dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya kepada orang lain serta mereka yang dikurniakan harta dan membelanjakan di jalan diredai Allah SWT.






Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:





“Tidak berkumpul dalam hati seorang manusia

antara iman dan dengki.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).






Hasad dengki itu seumpama api yang akan memakan segala kebaikan dilakukan oleh seseorang seperti api membakar kayu.






Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna, malah dengki adalah sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam hingga terkeluar dari syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.






Seorang pujangga Arab pernah berkata:





“Orang hasad tidak akan senang hidupnya,

orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan,

orang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta.

Tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat

dan tiada budi bagi orang tidak berakhlak.”









Dengki yang diharuskan Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti menuntut ilmu atau melakukan ibadat dan seumpamanya.






Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda:





“Janganlah kamu berhasad dengki

antara satu dengan lain,

dan janganlah kamu (sebagai pembeli)

pura-pura menurunkan harga yang tinggi

dengan tujuan untuk memperdaya orang lain

supaya membelinya dengan harga lebih tinggi

dan janganlah kamu membenci atau bermusuhan

dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra

dan memulaukan sesama sendiri

dan janganlah kamu (sebagai penjual)

memotong jalan penjual yang lain;

(janganlah kamu melakukan perkara keji itu)

tetapi hendaklah kamu menjadi hamba Allah SWT

yang bersaudara.”





(Hadis riwayat Muslim)



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

















1 ulasan:

NighBerkz’S Blogs berkata...

thanks.. entry membina...



http://nighberkz.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...