Solat berkesan bentuk akhlak anak
KANAK-KANAK perlu dididik cara mendirikan solat
sejak dari kecil supaya amalan wajib itu sebati dalam diri mereka. - Gambar hiasan
sejak dari kecil supaya amalan wajib itu sebati dalam diri mereka. - Gambar hiasan
ANAK ialah aset ibu bapa yang sangat bernilai. Mereka diibaratkan permata berharga dianugerahkan Allah SWT. Anak juga menjadi faktor pendorong bagi ibu bapa untuk masuk ke syurga.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila matinya seorang manusia,
terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara
iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih
yang mendoakan untuknya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
tanda pengabdian kita kepada Allah SWT
seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman!
Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT
dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui.
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu
dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu),
dan sesungguhnya Allah SWT di sisi-Nya pahala besar.”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan
penting memastikan anak dididik dengan ajaran Islam
lebih-lebih lagi pada zaman penuh dengan cabaran.
Ibu bapa perlu melaksanakan amanah sebaiknya,
walaupun sukar melaksanakan proses mendidik
anak patuh dan tunduk kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Menuntut ilmu (agama) adalah fardu
ke atas setiap orang Islam.”
(Hadis riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani)
Kita melihat ramai ibu bapa hari ini mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak. Mereka sanggup menghabiskan wang bagi memastikan anak cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi tetapi tidak risau anak jahil ilmu ukhrawi.
Mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak untuk hidup di dunia ini sedangkan ilmu agama yang sebenarnya memandu kehidupan anak di dunia mahupun di akhirat. Ilmu agama yang membimbing anak mempelajari ilmu dunia serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Akibat kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita lihat hari ini ramai anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dalam maksiat serta kemungkaran lantas menggembirakan musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial semakin parah.
Sememangnya itu yang diimpikan musuh seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang Yahudi dan Nasrani
tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad)
sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka):
Sesungguhnya petunjuk Allah SWT itu petunjuk yang benar.
Jika engkau mengikuti keinginan mereka
sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah SWT
(sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepadamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 120)
Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain. Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat
apabila dia berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
jika enggan mengerjakan solat, sedangkan mereka
telah berumur 10 tahun.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)
Di samping mendidik anak sentiasa ingat kepada Allah SWT, solat menjadi benteng daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia melakukan dosa dan kemungkaran.
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak ke mana saja mereka pergi tetapi jika kita berjaya mendidik anak, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat mencegah daripada melakukan kejahatan serta maksiat.
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting mendidik anak yang diibarat kain putih dan ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya berpaksikan ajaran agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,
kedua-dua orang tuanya yang menjadikannya
sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar peranan dan tanggungjawab supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya, serta tidak melanggar syariat ditetapkan untuk melahirkan masyarakat Muslim seterusnya terbina negara yang mendapat keredaan dan perlindungan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan