:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 7 Januari 2012

Beriman kepada hari pembalasan


Beriman kepada hari pembalasan

FIRMAN Allah SWT:


Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan.

(al-Maarij: 26)




Ibn Kathir berkata:


Mereka yang yakin dengan hari akhirat, hisab dan balasan.

Justeru, mereka beramal dengan mengharapkan pahala dan takut balasan seksa.





Al-Maghari berkata:

Orang yang yakin dengan janji dan hisab-Nya,

sudah pasti akan beramal seperti orang yang

mengharapkan pahala dan takut kepada seksaan-Nya.

Hal ini mereka tonjolkan melalui perbuatan

perkataan dengan iktikad. Seterusnya mereka

bertaubat dan kembali kepada-Nya.





Firman Allah SWT:

Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.

Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka

tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).

(al-Maarij: 27-28)





Syed Qutub berkata:

Ini satu lagi darjah di sebalik kepercayaan

kepada hari balasan iaitu wujudnya perasaan yang peka,

waspada dan hati-hati, darjah merasa taqsir dan tidak sempurna

melakukan ketaatan kepada Allah walaupun ia banyak

mengerjakan amal ibadah, darjah wujudnya perasaan takut

terpesong daripada jalan Allah dan mendapat balasan

seksanya pada bila-bila waktu dan wujudnya perasaan

yang sentiasa mengharapkan perlindungan dan pemeliharaan

dari Allah SWT.





Firman Allah SWT:

Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya,

kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak

yang mereka miliki, maka Sesungguhnya mereka

dalam hal Ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu,

maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

(al-Maarij: 29-31)





Ibn Kathir berkata:

Mereka memelihara kemaluan mereka daripada yang haram.





Syed Qutub berkata:

Ayat ini menyarankan kebersihan diri dan kebersihan orang Islam.

Islam mahukan sebuah masyarakat yang bersih, suci,

jelas dan terang berasaskan kekeluargaan yang halal,

kukuh dan berasaskan rumah tangga yang suci murni

dengan jelas keturunan sesamanya dan bukan semata-mata

untuk memuaskan nafsu dan keinginan seksual.





Firman Allah SWT:

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat yang dipikulnya)

dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.

(al-Maarij: 32-33)





Al-Maghari berkata:

Apabila diberi amanah, mereka tidak khianat,

apabila berjanji, mereka tidak mungkir.

Orang yang memberikan kesaksian di hadapan para hakim,

tidak akan menyembunyikannya dan tidak mengubahnya

kerana kesaksian itu adalah sebahagian daripada amanah.





Ia disebutkan di sini kerana penting dan dengan kesaksian

hak-hak itu hidup dan apabila ditinggalkannya kesaksian itu,

hak-hak tersebut akan mati.






Firman Allah SWT:

Dan orang-orang yang memelihara solatnya.

(al-Maarij: 34)





Ibn Kathir berkata:

Mereka yang memelihara waktunya,

rukun-rukunnya, kewajipan dan sunat.

Ayat ini Allah memulakan sifat orang yang beriman

dengan solat dan ditutup sifat tersebut juga dengan solat.

Ini menunjukkan betapa prihatinnya solat dan mulianya.





Syed Qutub berkata:

Sifat memelihara solat berlainan dengan sifat

tekun mengerjakan solat yang disebutkan

di awal sifat orang beriman.

Ini kerana memelihara solat bermaksud

dari segi waktunya sama ada fardu mahupun sunat.





Oleh itu, mereka tidak mengabaikan solat

dan tidak pula mengerjakannya secara tidak sempurna.

Persoalan solat yang disebutkan di awal dan akhir ayat

menyarankan agar solat diberi perhatian

yang berat dan dengan ayat ini berakhirlah

penjelasan tentang sifat orang yang beriman.





Firman Allah SWT:

Mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan.

(al-Maarij: 35)





Ibn Kathir berkata:

Merekalah yang menghuni syurga yang kekal

dengan dimuliakan pelbagai kelazatan dan keseronokan.





Al-Maghari berkata:

Mereka yang mengerjakan perbuatan seperti ini

akan dimuliakan dalam syurga dengan

pelbagai kenikmatan dan kesenangan.





Marilah kita menginsafi diri sebagai khalifah Allah

di muka bumi untuk menjunjung titah perintah Allah.

Mudah-mudahan ia melayakkan kita menghuni

syurga Allah yang abadi.









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...