:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 19 Jun 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis





Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis



Pada setiap Jumaat,
selepas selesai
menunaikan solat Jumaat,
seorang Imam
dan anaknya
yang berumur 7 tahun
akan berjalan
menyusuri jalan di kota itu

dan menyebarkan
risalah bertajuk
"Jalan-jalan Syurga"
dan beberapa karya

Islamik yang lain.




Pada satu Jumaat yang indah,
pada ketika
Imam dan anaknya itu
hendak keluar

seperti biasa
meghulurkan
risalah-risalah Islam itu,
hari itu menjadi amat

dingin dan hujan
mulai turun.





Anak kecil itu
mula membetulkan jubahnya
yang masih
kering dan panas dan

seraya berkata
"Ayah!
Saya dah bersedia"





Ayahnya
terkejut dan berkata
"Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini

masanya kita akan keluar
menyampaikan risalah Allah"





"Anakku!
Bukankah
sejuk keadaan di luar tu
dan
hujan juga agak lebat"





"Ayah,
bukankah masih ada
manusia
yang akan masuk neraka
walaupun ketika

hujan turun"




Ayahnya menambah
"Ayah tidak bersedia
hendak keluar
dalam keadaan cuaca

sebegini"




Dengan merintih
anaknya merayu
"Benarkan saya pergi ayah?"





Ayahnya
berasa agak ragu-ragu
namun menyerahkan
risalah-risalah itu
kepada
anaknya
"Pergilah nak
dan
berhati-hatilah.
Allah
bersama-sama kamu!"





"Terima kasih Ayah"
Dengan
wajah bersinar-sinar
anaknya itu pergi meredah

hujan dan susuk
tubuh kecil itu hilang
dalam kelebatan
hujan itu.





Anak kecil itu pun
menyerahkan risalah-risalah
tersebut
kepada sesiapa pun

yang dijumpainya.
Begitu juga
dia akan
mengetuk setiap rumah
dan
memberikan

risalah itu
kepada penghuninya.





Setelah dua jam,
hanya tinggal
satu saja risalah
"Jalan-jalan Syurga"
ada
pada tangannya.
DIa berasakan
tanggungjawabnya
tidak akan selesai
jika masih

ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing
ke sana dan ke mari
mencari

siapa yang akan diserahkan
risalah terakhirnya itu
namun gagal.





Akhirnya
dia ternampak
satu rumah
yang agak terperosok
di jalan itu dan mula

mengatur langkah
menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja
anak itu di
rumah itu,
lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar

dan ditekan sekali lagi
namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu
namun

sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu
yang memegangnya
daripada pergi,

mungkin rumah inilah
harapannya
agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil

keputusan menekan
loceng sekali lagi.
Akhirnya,
pintu rumah itu dibuka.





Berdiri
di depan pintu
adalah seorang perempuan
dalam lingkungan 50an.

Mukanya
suram dan sedih.
"Nak,
apa yang
makcik boleh bantu?"





Wajahnya
bersinar-sinar
seolah-olah malaikat
yang turun dari langit.

"Makcik,
maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan
yang ALLAH amat

sayangkan makcik
dan
sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini
hanya

hendak menyerahkan
risalah akhir ini
dan makcik
adalah orang
yang paling
bertuah".
Dia senyum
dan
tunduk hormat
sebelum melangkah pergi.





"Terima kasih nak
dan Tuhan
akan melindungi kamu"
dalam nada
yang lembut.





Minggu berikutnya
sebelum waktu
solat Jumaat bermula,
seperti biasa
Imam

memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai
dia bertanya
"Ada sesiapa nak

menyatakan sesuatu"




Tiba-tiba
sekujur tubuh bangun
dengan
perlahan dan berdiri.
Dia adalah

perempuan separuh umur itu.
"Saya rasa
tiada sesiapa
dalam perhimpunan ini

yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir
ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk

pengetahuan anda,
sebelum Jumaat minggu lepas
saya bukan seorang Muslim.

Suami saya
meninggal beberapa tahun lepas
dan
meninggalkan saya keseorangan

dalam dunia ini"
Air mata mulai bergenang
di kelopak matanya.





"Pada Jumaat
minggu lepas
saya mengambil keputusan
untuk membunuh diri.
Jadi

saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi
di atas tangga menghadap

anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali
di galang atas
dan
hujung satu

lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya
untuk terjun,
tiba-tiba

loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar,
pada anggapan saya,
siapa

pun yang menekan itu
akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian
ia berbunyi
lagi.
Kemudian,
saya mendengar ketukan
dan
loceng ditekan sekali lagi".





"Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun
ada orang
yang tekan loceng ini

setelah sekian lama.
Lantas
saya melonggarkan tali di leher
dan terus pergi

ke pintu"




"Seumur hidup saya
belum pernah saya melihat
anak yang comel itu.

Senyumannya
benar-benar ikhlas
dan
suaranya seperti malaikat".
"Makcik, maaf

saya mengganggu,
saya hanya ingin
menyatakan yang
ALLAH
amat sayangkan
makcik
dan
sentiasa memelihara makcik"
Itulah kata-kata
yang paling indah

yang saya dengar".




"Saya melihatnya
pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu

dan terus baca risalah itu
setiap muka surat.
Akhirnya,
kerusi dan tali yang

hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula
ditempat asal mereka.

Aku
tak perlukan itu lagi".





"Lihatlah,
sekarang saya sudah menjadi
seorang yang bahagia,
yang menjadi

hamba kepada
Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah
terdapat alamat ini

dan itulah sebabnya
saya di sini hari ini.
Jika tidak
disebabkan malaikat

kecil yang datang
pada hari itu
tentunya roh saya ini
akan berada

selama-lamanya di dalam
neraka"





Tiada satu pun
anak mata di masjid itu
yang masih kering.
Ramai pula yang

berteriak dan bertakbir
ALLAHUAKBAR!





Imam
lantas turun dengan pantas
dari mimbar
lantas terus
memeluk anaknya

yang berada
di kaki mimbar
dan
menangis sesungguh-sungguh
hatinya.





Jumaat ini
dikira Jumaat
yang paling indah
dalam hidupnya.
Tiada anugerah

yang amat besar
dari apa yang dia ada
pada hari ini.
Iaitu
anugerah yang

sekarang berada
di dalam pelukannya.
Seorang anak
yang seumpama malaikat.





Biarkanlah
air mata itu menitis.
Air mata itu
anugerah ALLAH kepada

makhlukNya yang penyayang




Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa
menyayangi dan memelihara

kamu!




TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!




Wassallam



Sumber : http://al-ikhwanbsb.blogspot.com/



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...