:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 29 Jun 2010

Info Rejab



Rejab



Kemuliaan REJAB
pada malam Israk Mikrajnya
Kemuliaan SYAABAN
pada malam Nisfunya
Kemuliaan RAMADHAN
pada LAILATUL QADARnya




Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan
dan ia membawa maksud bulan yang
dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini
dengan bulan Rejab kerana mereka
memulia dan menghormati bulan ini
dengan
mengharamkan berperang
di dalamnya.
Dan Rasulullah SAW
mengekalkan nama ini dan mengharamkan
pertumpahan darah di bulan Rejab.
Dan bagi umat Islam,
kita memperingati dan memuliakan Rejab
sempena dengan peristiwa besar
yang berlaku kepada Rasulullah SAW
iaitu
peristiwa Isra' dan Mi'raj.







Peristiwa Penting





1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan
tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW
dan mereka yang beriman
kepada Rasulullah SAW pada ketika itu.
Ada di kalangan sahabat
yang mengadu kepada Rasulullah SAW
tentang derita yang mereka tanggung
lalu Rasulullah SAW memerintahkan
agar mereka berhijrah
ke negeri Habsyah.






Tujuan hijrah ini adalah untuk
menyelamatkan iman dan keselamatan diri
di samping untuk
mencari tapak baru
untuk Islam bertapak dan menyusun langkah
untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah
ke Habsyah ialah Saidina Othman RA
dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW.
Jumlah mereka adalah 14 orang
termasuk 4 orang wanita.
Habsyah dipilih adalah kerana

rajanya dikenali dengan toleransi
dan
sikap terbukanya
.





2. Isra' dan Mi'raj


Isra'dan Mi'raj ertinya
Rasulullah SAW dijalankan dari
Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam
dan diangkat ke langit
bertemu Allah SWT dan untuk
mengambil kewajipan solat 5 waktu
dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh
bila berlakunya peristiwa ini,
sebahagian ulama mengatakan
pada 27 RabiulAkhir;
sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal;
sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan;
sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab
dan sebahagian ulama yang lain
mengatakan pada tanggal-tanggal
selain dari yang tersebut.






Menurut Chalil, 1999
sebagaimana yang dijelaskan oleh
Dr.(H) Hj. Kassim Bahali,
ada setengah ulama mengatakan
pada malam tanggal 7 RabiulAwal.
Adapun yang terbanyak ialah
golongan yang mengatakan
pada tanggal 27 Rejab,
sekalipun tidak dengan alasan
yang kuat.





Tahun berlakunya juga
terdapat perselisihan pendapat ulama,
ada sebahagian yang mengatakan
pada tahun ke 5 dari Bi'tsah
(tahun mula diutusnya peribadi Nabi),
sebahagiannya berpendapat
pada tahun ke 12 dari Bi'tsah;
sebahagiannya berpendapat
pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif,
sebahagian berpendapat
pada tahun ketiga sebelum hijrah
Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang
sebahagiannya pula berpendapat lain
dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam
bernama Ibnu Saad
telah mencatatkan dalam kitabnya
"At-Tobaqatil Qubra",
bahawa berlaku israk mikraj
terhadap Nabi s.a.w. ialah
pada lapan belas bulan sebelum
Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah
dalam satu peristiwa
yang amat bersejarah itu.
(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)






3. Perang Tabuk


Tabuk adalah mengambil nama
sempena nama satu tempat di
Utara Semenanjung Arab di mana
Rasulullah SAW dan
30 ribu
tentera Islam berkumpul.
Tidak berlaku pertempuran
kerana tentera Rom telah melarikan diri
kerana takut dan gerun kepada
kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi
berbagai kesukaran.






http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis


Baitul Muqaddis telah dibuka
pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA
di zaman pemerintahannya.
Akibat kelalaian dan perpecahan
umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah,
umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan
serangan demi serangan ke atas
Baitul Muqaddis dan akhirnya
dapat menawan kota suci
Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai
oleh pemerintahan Islam.
Tentera Salib
telah menduduki Baitul Muqaddis
hampir 60 tahun sebelum dibebaskan
kembali oleh panglima Islam terkenal
Salehuddin Al-Ayubi.
Beliau telah berjaya
menawan kembali Baitul Muqaddis
dari tangan tentera Salib
pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H.
Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H
umat Yahudi pula menawan
Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan
negara baru mereka dengan nama
Israel.





5. Lahirnya Imam Syafie RH.


Nama sebenar Imam Syafie RH ialah
Muhammad bin Idris.
Beliau lahir di Ghuzah, Palestin
pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi
dalam bulan Rejab.
Beliau adalah salah seorang
dari empat imam mazhab yang besar
dalam dunia Feqah.
Malaysia mengamalkan mazhab Syafie.
Diantara peninggalan imam Syafie RH
yang tiada ternilai harganya
dan menjadi rujukan sehingga sekarang
ialah
Kitab al-Umm.






Amalan




Tiada amalan khusus
untuk bulan Rejab yang diriwayatkan
dari Rasulullah SAW yang dijumpai
di dalam mana-mana hadis shahih.
Penulis berpendapat
ada hikmahnya kenapa Allah SWT,
Rasulullah SAW dan para sahabat RA
tidak memberitahu tarikh dan tahun
berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Rasulullah SAW
tidak mahu umatnya
menetapkan ibadat-ibadat tertentu
di bulan Rejab khasnya
pada hari dan malam berlakunya
peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.






Ini untuk mengelakkan
berlakunya perkara-perkara
yang diada-adakan (bid'ah)
dan perbuatan membeza-bezakan
kemuliaan satu-satu bulan.
Namun begitu
ada pendapat yang meriwayatkan
tentang amalan-amalan sunat
tertentu seperti solat sunat
Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab.
Pendapat ini adalah bersandar
kepada hadis-hadis lemah.






Terlalu banyak amalan-amalan sunat
yang umum yang masih kita belum
berkesempatan untuk mengamalkannya
boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini
sebagai
persediaan kita menjelang
Ramadhan al-Mubarak
.
Diantaranya solat malam,
qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis,
tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
Di sini penulis ingin menyarankan
agar pada akhir bulan Jamadilakhir
khasnya pada 29 Jamadilakhir,
kita bolehlah melatih mata kita
untuk menjejaki hilal.
Proses melatih mata
untuk merukyah hilal boleh dimulakan
20 minit sebelum Maghrib
sehinggalah 20 minit selepas maghrib
dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar
tempat matahari terbenam.
Ini boleh dilakukan dengan mata kasar
tanpa menggunakan sebarang alat kecuali
untuk melihat matahari
perlukan penapis
(solar filter).






Bagi mereka yang mempunyai teleskop
atau teodolite ataupun binocular,
inilah masanya untuk menguji peralatan
dan kemahiran masing-masing agar
pada hari cerapan hilal Sya'ban,
Ramadhan dan Syawal
kita tidak menghadapi masaalah
dalam melakukan cerapan hilal.
Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri
amat mengambil berat tentang
kedudukan bulan pada setiap akhir bulan
khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab
dan
bulan-bulan seterusnya.






Rujukan



Tafsiran Waktu Solat Dari Sudut Astronomi,
Dr (H) Hj. Kassim b. Bahali,
Jabatan Mufti Negeri Melaka




Hubungan Pemerintah dengan Ulama Ke Arah Perkembangan Peradaban dan Merealisasikan Kemenangan
Dr. Abdul Halim 'Uwais
12 Julai 2003
Kamus Al-Muhid , ms 113
dan Lisan Al-Arabi , jz 1 / ms 411-412




Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka







“Ya Allah!
Berkatilah kami dalam Rejab dan Syaaban ini
dan
sampaikan kami kepada Ramadan.”pray







REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuaiwink wink








REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnyawink wink









REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalanwink wink








Kemuliaan REJAB
pada malam Israk Mikrajnya
Kemuliaan SYAABAN
pada malam Nisfunya
Kemuliaan RAMADHAN
pada LAILATUL QADARnya


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...