Huraian
1.Beriman
kepada Hari Kiamat
adalah antara perkara yang termasuk di dalam rukun Iman
dan wajib diyakini sepenuhnya
oleh setiap Muslim.
2.Perbicaraan
yang berlaku pada
hari kiamat adalah
menyentuh tentang
semua aspek kehidupan
makhluk semasa di dunia
termasuk perkara-perkara
berkenaan hak
yang meliputi:
i. Perkara yang bersabit
dengan perlakuan jenayah
ke atas nyawa dan tubuh badan
seperti bunuh-membunuh,
tikam-menikam,
pukul memukul,
siksa menyiksa
dan
sebagainya.
ii. Perkara yang bersabit
dengan perlakuan jenayah
yang mencemar
kehormatan diri
dan
maruah seseorang
seperti caci mencaci,
memaki hamun,
mengumpat,
tuduh-menuduh
dan
sebagainya.
iii. Perkara yang bersabit
dengan harta benda
seperti
mencuri,
merompak,
menipu,
hutang-piutang
dan
seumpamanya.
3.Oleh itu
bagi sesiapa yang mempunyai
kesalah-kesalahan yang
disebutkan akan
menerima pembalasan
yang seadilnya
daripada
Allah SWT.
Antara balasannya
adalah:
i. Menerima balasan daripada makhluk yang diperlakukan jenayah
terhadapnya.
ii. Memberikan amal kebajikan kepada orang yang dianiayakan
untuk membayar hutang orang yang dihutanginya atau memberi
gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang
tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan terpaksa
menanggung hutang kesalahan orang yang dikhianati itu.
iii. Dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.
4.Sebagai mukmin
yang beriman
kita hendaklah
sentiasa berwaspada dalam setiap tindak tanduk
di dunia dan sentiasa
bermuhasabah, bertaubat memohon
keampunan agar
apabila meninggal kelak
kita tidak termasuk
di kalangan
orang yang
rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan