Membaca Ayat Kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ اْلحَيُّ اْلقَيُّومُ
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
لَهُ مَا فِى السَّمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلأَرْضِ
مَنْ ذَااَّلذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْئٍ مِنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَا شَاءَ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
وََهُوَ اْلعَلِيُّ اْلعَظِيمُ
"Allah, tidak ada tuhan
(yang berhak disembah dengan haq)
melainkan Dia
Yang Hidup kekal lagi
terus menerus
mengurus (makhluq-Nya);
tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah
tanpa azin-Nya.
Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka
dan di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan
apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat
memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui."
(QS. al-Baqarah: 255)
Dari Anas bin Malik r.a. berkata,
"Rasulullah S.A.W bersabda :
Apabila seseorang dari umatku
membaca ayat Kursi 12 kali,
kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh,
nescaya
Allah akan menjaganya
dari kejahatan syaitan dan darjatnya
sama dengan orang yang membaca
seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali,
dan
pada hari kiamat
ia akan diberi mahkota
dari cahaya yang menyinari
semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik,
"Ya Rasulullah,
apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W,
" Tidak,
cukuplah membacanya pada setiap hari
Jumaat."
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis,
ada menyebut perihal seekor syaitan
yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah
untuk menanam keraguan
di hati suami terhadap kesetiaan isteri
di rumah dan keraguan di hati isteri
terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah
Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya.
Di saat itu
syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi
mengikut hadis-hadis:
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
- Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri)
yang mengamalkan membaca ayat kursi
7 kali sebelum keluar rumah
atau semasa perjalanan ke tempat kerja
atau kemana sekalipun
kecuali bukan niat melakukan maksiat
pada Allah swt
maka
dia terselamat daripada segala kejahatan
yang datang dari syaitan ,
jin dan manusia
seperti :
- dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
- terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
- dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah
~~~~~~
Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya
ia telah diiringi oleh
beribu-ribu malaikat kerana
kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga
menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w.
dengan segera memerintahkan
Zaid b Tsabit menulis
serta
menyebarkannya.
Bersumberkan Hadis-Hadis ...
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Terdapat sembilan puluh lima buah hadis
yang menjelaskan fazilat ayat kursi.
Sebabnya ayat ini disebut
ayat KURSI kerana di dalamnya
terdapat perkataan KURSI,
ertinya tempat duduk yang megah lagi
yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat,
bukan yang di maksudkan
dengan KURSI ini
tempat duduk tuhan,
tetapi adalah KURSI itu
syiar atas
kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.Syeikh Abul 'Abas alBunni menerangkan: "Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.Abdul Rahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9.Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur'an)
~~~~~~~~~
Diriwayatkan bahwa
Ubay bin Ka’ab memiliki
sebaskom kurma (yang sedang dikeringkan).
Tiba-tiba saja
kurma tersebut berkurang.
Maka suatu malam
dia menjaga kurma tersebut.
Ternyata
datang makhluk yang mirip
dengan seorang anak kecil
yang sudah baligh,
lalu dia memberi salam
kepada Ubay.
Maka Ubay pun
membalas salamnya,
dan bertanya,
“Siapa kamu, jin atau manusia?”
Dia menjawab,
“Bukan, saya dari bangsa jin”.
Ubay berkata lagi,
“Serahkan tanganmu!”
Lalu jin tersebut
menyerahkan tangannya,
ternyata tangannya seperti
anjing dan rambutnya
seperti rambut (bulu) anjing.
Ubay berkata,
“Beginikah bentuk jin itu?”
Jin tersebut menjawab,
“Engkau telah mengetahui bentuk jin,
bahkan di antara mereka
ada yang lebih jelek dariku.”
Ubay bertanya kembali,
“Lalu apa yang mendorongmu
datang ke mari?”
Ia menjawab,
“Telah sampai kepada kami
berita bahwa engkau suka bersedekah,
maka kami datang
untuk mendapatkan
bagian kami dari makananmu.”
Lantas Ubay bertanya,
“Apa yang bisa membuat kami selamat
dari (gangguan) kalian?”
Ia menjawab,
“Ayat ini, iaitu yang terdapat
dalam surah Al-Baqarah:
Allahu Laa Ilaaha Illaa Huwal Hayyul Qayyuum…
(Ayat Kursi, Surat Al-Baqarah:255)
(Allah, tidak ada Ilah melainkan
Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus
mengurus makhluk-Nya)
Barangsiapa membacanya
di waktu pagi
maka
dia akan selamat dari gangguan kami
hingga pagi hari,
dan
barangsiapa yang membacanya
di waktu pagi
maka
ia selamat dari gangguan kami
hingga pagi hari.”
Ketika pagi hari,
Ubay bin Ka’ab melaporkan
kejadian tersebut kepada Rasulullah SAW
maka beliau bersabda,
“Jin laki-laki tersebut telah berkata benar”
(Shahih At-Targhib wa At-Tarhib nombor 622; hadits Shahih)
[Sumber dari buku
24 Jam Bersama Allah,
Muhammad Hasan Yusuf, Penerbit Aqwam]
1 ulasan:
salam roha..terima kasih..banyak sungguh fadilatnya membaca ayat kusi..terima kasih..kongsi..selama ni..akak cuma baca..selepas solat, nak keluar rumah dan nak tidor aje..insyaalalh akak akan cuba pulak yang 7 kali sebelum keluar tu..biasanya 3 kali aje akak baca...
Catat Ulasan