Isnin, 27 Mei 2013
Ahad, 26 Mei 2013
:)
"Wahai Tuhan
yang membolak
balikkan hati,
Tetapkanlah hati kami
di dalam
agamaMu
di dalam ketaatan
kepada
perintahMu.."
Sabtu, 25 Mei 2013
Rezeki berkat jika solat
Rezeki berkat jika solat
Peniaga perlu jujur,
tidak menyalahi syariat
dalam urusan jual
beli
Berniaga atau melakukan pekerjaan yang dibolehkan untuk memperoleh rezeki adalah sesuatu yang diperintahkan Islam kerana besarnya manfaatnya. Allah telah memerintahkan kita mencari rezeki mengikut cara dibenarkan.
Namun, di sebalik usaha mencari rezeki itu, umat Islam
diingatkan supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan ibadah kepada
Allah kerana sering kali disebabkan terlalu sibuk bekerja hingga lupa bersolat.
Nabi SAW bersabda:
“Peniaga yang jujur dan amanah
akan bersama
nabi, syuhada
dan orang-orang soleh.”
Firman Allah SWT:
“Bertasbihlah kepada Allah
di masjid-masjid yang telah
diperintahkan
untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya
di dalamnya, pada waktu
pagi dan waktu petang,
lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan
tidak
(pula) oleh jual beli dari mengingat Allah,
dan (dari) mendirikan sembahyang,
dan (dari) membayarkan zakat.”
(Surah an-Nuur, ayat 36-37)
Perniagaan kerja terpuji
Begitu juga apabila menjalankan perniagaan kerana kerja itu adalah perkara yang
terpuji dan penting selagi ia tidak melalaikan ibadah seseorang atau
menyebabkan dia menunda pelaksanaan solat berjemaah di masjid.
Nabi SAW bersabda:
“Peniaga yang jujur dan amanah
akan bersama nabi, syuhada
dan orang-orang soleh.”
Berniaga memerlukan kemahiran dan elemen penting dalam perniagaan ialah jujur
kerana berniaga membabitkan muamalah dengan orang ramai. Jika peniaga tidak
jujur, memang boleh mendapat kekayaan mudah, tetapi adakah rezeki itu berkat?
Nabi SAW pernah melewati sekumpulan Muslim
yang sedang berjual beli di pasar
Madinah.
Maka Nabi SAW bersabda:
“Wahai para pedagang.
Maka mereka mendongak
menunggu apa
yang akan baginda katakan, dan
baginda berkata:
Sesungguhnya
peniaga akan
dibangkitkan sebagai pelaku kejahatan
yang berdosa kecuali mereka
yang
takut kepada Allah,
yang benar dan jujur.”
(Riwayat Tirmidzi, dan berkata
hadis ini hasan sahih)
Mencari sumber rezeki dengan jalan yang terbaik adalah jual beli yang padanya
banyak kebaikan. Jual beli ini harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan
syariat, sehingga seorang Muslim dapat menghindari daripada terjerumus ke dalam
jual beli yang dilarang.
Jual beli yang dilarang ialah apabila urusan itu menyebabkan seseorang lupa
beribadah atau menghalangnya daripada solat berjemaah di masjid.
Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman,
apabila diseru untuk
menunaikan sembahyang
pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu
kepada
mengingati Allah dan
tinggalkanlah jual beli.
Yang demikian itu lebih baik
bagimu
jika kamu mengetahui.
Apabila telah ditunaikan sembahyang,
maka
bertebaranlah kamu di muka bumi;
dan carilah kurnia Allah dan ingatlah
Allah
banyak-banyak supaya
kamu beruntung.”
(Surah al-Jumu’ah, ayat 9-10)
Dilarang menjual barang yang cacat dan jika ada kecacatan hendaklah peniaga
memberitahu pembeli mengenainya. Jika sengaja tidak memberitahu pembeli, maka
ini adalah penipuan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
Sabda baginda:
“Kedua-dua penjual dan pembeli
berada dalam kebaikan selama
mereka
tidak berpisah satu sama lain.
Maka jika kedua-duanya jujur dan
saling
memberikan keterangan dengan jelas,
semoga jual belinya diberkati.
Namun, jika
kedua-duanya berdusta
dan ada yang saling disembunyikan,
hilanglah berkat jual
beli kedua-duanya.”
Jika barang jualan itu cacat maka peniaga harus menampakkannya sehingga pembeli
dapat melihat dan menyedari hal itu, supaya mereka dapat menawar dengan harga
yang sesuai. Andainya pembeli tidak mahu, itu adalah hak mereka dan peniaga
sudah menunaikan haknya juga.
Sebenarnya, di sebalik jaminan keuntungan yang mampu diperoleh daripada bidang
perniagaan, banyak perkara yang perlu diberi perhatian serta dipelihara supaya
rezeki daripada perniagaan dijalankan adalah rezeki yang halal.
Jangan ambil kesempatan
Jangan sesekali mengambil kesempatan daripada jaminan keuntungan dalam bidang
perniagaan dengan melakukan perkara menyalahi syariat. Hasilnya mungkin besar,
tetapi keberkatannya bagaimana. Selalunya rezeki daripada jalan salah, susah
untuk kekal.
Oleh itu, bagi yang beriman kepada Allah, hatinya tidak akan tergamak melakukan
penipuan dalam perniagaan. Justeru, hendaklah sentiasa memohon pertolongan
Allah supaya tidak mudah terpedaya dengan keuntungan yang banyak hingga lupa
untuk mencari keredaan Allah.
Khususnya umat Islam, hendaklah menunjukkan contoh terbaik dengan mengamalkan
sikap jujur dalam berjual beli. Peniaga yang jujur akan dihormati dan rezekinya
dengan izin Allah tidak akan berkurangan.
Jumaat, 24 Mei 2013
Kata-Kata Hikmah
1. Saidina Ali Karamallahu Wajhah
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat
Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat
yang tidak menyembuhkan.
2. Saidina Ali Karamallahu Wajhah
Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia
Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia
nescaya akan bertambah
mulialah akhlakmu
dan duduklah bersama para ulama, nescaya
ilmumu akan
bertambah.
3. Imam Ghazali
Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya
Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya
dan memberi manfaat pada orang lain samalah seperti
mentari yang menerangi dirinya dan orang lain,
sedangkan ia ( mentari )
itu terus bersinar.
4. Luqman al-hakim
Diam itu merupakan hikmah,namun
Diam itu merupakan hikmah,namun
tidak ramai yang mempraktikkannya.
Kalau kita lihat SIAPA yang memberi..:)
Tips agar
senantiasa bersyukur:
1.
Mengingat semua perkara yang baik
dan
mencatatnya dalam jurnal harian.
Mulakan hari dengan mengucapkan bismillah.....alhamdulillah…
2. Ketika
merasa resah dan
ketenangan tercabar,
bacalah kembali perkara kebaikan
dalam jurnal harian.
3.
Jika berada dalam keadaan
kekurangan, lihatlah keadaan
di sekitar kita,
cari, temui dan amatilah
dengan mata hati.
kekurangan, lihatlah keadaan
di sekitar kita,
cari, temui dan amatilah
dengan mata hati.
Masih ramai lagi diantara kita yang
keadaannya tidak
sebaik kita atau
lebih buruk dari kita.
4. Berbagi
rasa syukur
terhadap orang lain dengan cara,
menjawab dengan penuh semangat dan
bahagia semua pertanyaan mengenai
khabar, keadaan kehidupan, ekonomi dan
seumpamanya.
5. Melahirkan rasa bersyukur
dengan apa cara sekalipun sama ada
membuat majlis kesyukuran,
perbanyakkan sedekah dan seumpamanya.
Yang penting nawaitu kita
mestilah kerana ALLAH SWT :)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui
apa yang benar)
p/s :
... kita selalu bersyukur apabila dikurniakan pangkat ... kuasa ...
harta ... kecantikan ... kemasyhuran ... tanpa kita sedari
itu ujian buat kita sebenarnya ...
ke mana arah pangkat dan kuasa itu dapat dimanfaatkan
dalam memberi impak kepada organisasi ... harta melimpah ruah
tapi cuba kita ingat-ingat semula
pernah atau tidak kita bersyukur saat diterjah musibah ...
ketika badai melanda emosi ...
bila mana pangkat, kuasa , harta , kecantikan hatta kemasyhuran
hilang telan masa .......
PERCAYALAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN
MEMBERI KITA SESUATU UJIAN YANG TIDAK MAMPU
KITA MENANGGUNGNYA. KITA PERLU INGAT
"DISEBALIK KESUSAHAN ADA KEMUDAHAN " :).
Langgan:
Catatan (Atom)





