:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 31 Disember 2010

Roh Harum Dan Ruh Busuk







Roh Harum Dan Ruh Busuk


Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a katanya:
”Apabila roh orang-orang mukmin
keluar dari tubuhnya
dua orang malaikat
menyambutnya dan menaikkannya ke langit.”
Kata Hammad :
”Kerana baunya harum seperti kasturi.”
Kata penduduk langit
“ Roh yang baik datang dari bumi.
Sallallahu ‘alaika
(semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu)
dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.”
Lalu roh itu dibawa
ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.
Kemudian Allah berfirman:
”Bawalah dia
ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana
hingga hari kiamat.”
Kata Abu Hurairah selanjutnya:
” Apabila roh orang-orang kafir
keluar dari tubuhnya – kata Hammad,
berbau busuk dan mendapat makian-,
maka berkata penduduk langit,
”Roh jahat datang dari bumi.”
Lalu diperintahkan,
bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana
hingga hari kiamat.”



(Muslim)





Huraian


Kematian........
sesungguhnya amat menyiksakan.



K
ematian orang-orang yang tidak beriman
mempunyai banyak perbezaan dengan
kematian orang-orang yang beriman.
Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat
oleh orang yang hidup bahkan ini
diperakukan sendiri di dalam al-Quran
melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:


"Kalau sekiranya kamu
dapat melihat malaikat-malaikat
mencabut nyawa orang-orang yang kafir
seraya memukul muka dan belakang mereka
serta berkata,
"Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."
(niscaya kamu akan merasa sangat ngeri)

(al-Anfal :50).



Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap
sebagai kekasih Allah turut merasakan
kesakitan sakratulmaut.
Itupun baginda diperlakukan
secara lembut oleh malaikat.
Maka bayangkanlah
bagaimana kesakitannya jika kita
selaku insan biasa dapat berhadapan
dengan situasi ini.
Oleh itu
seharusnya kita sentiasa berwaspada
agar tidak tergolong di kalangan
orang-orang yang tidak beriman,
lalai dan lupa kepada Allah
kerana sudah pasti roh kita nanti
bakal ditempatkan di dalam penjara
sehingga hari kiamat.

Rabu, 29 Disember 2010

Tetap Pendirian.



Tetap Pendirian

Hadith :


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak lurus (istiqomah)
iman seseorang hamba itu
sehingga hatinya lurus dan hatinya
tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

Riwayat Ahmad



Huraian


1. Maksud istiqomah ialah
tetap teguh di atas jalan yang betul lurus
yang membawa keredhaan Allah S.W.T.


2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati
iaitu lurusnya hati di atas tauhid.
Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah
dalam erti kata takut, cinta,
tawakkal dan mengagungkan Allah
maka seluruh anggota tubuh
akan taat kepadanya.
Ini ialah kerana hati adalah raja
kepada badan manakala anggota badan
adalah rakyatnya.


3. Anggota terpenting selepas hati
yang mesti diberi perhatian serius
agar beristiqomah ialah lidah
kerana lidah adalah terjemahan hati
yang menggambarkan pemikiran seseorang.



Isnin, 27 Disember 2010

Keistimewaan Surah Yasin








Rahsia Kelebihan Ayat 1 – 9 :
Untuk keselamatan diri



Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tidak nampak kita terutama orang kafir.



Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.



Rahsia Kelebihan Ayat 13 – 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.



Rahsia Kelebihan Ayat 22 – 23 :
Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.



Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.




Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan – supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada di hati – beramal dengannya).




Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam.




Rahsia Kelebihan Ayat 33 – 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.




Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.




Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.




Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.




Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.




Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.




Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.




Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.




Rahsia Kelebihan Ayat 45 – 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.




Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.




Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.




Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.




Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.




Rahsia Kelebihan Ayat 78 – 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah, berikan ayat ini.




Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”




Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Kita mampu berusaha, hanya Allah yang Maha Berkuasa.




Sabtu, 25 Disember 2010

Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya







Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya




Hadith :




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Satu dinar
yang engkau belanjakan pada jalan Allah,
satu dinar
yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba,
satu dinar
yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin,
satu dinar
yang engkau nafkahkan untuk keluargamu,
yang paling besar pahala ganjarannya ialah
yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”



(Muslim)





Huraian





1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.





2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.





3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.





Jumaat, 24 Disember 2010

Pertanyaan Malaikat






Pertanyaan Malaikat


Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia

maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang iaitu :


1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,


“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”



Maka berkata kubur,


“Aku bukannya tempat bagi mereka yang berderajat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku memperlalukan dia dengan seburuk-buruknya).”



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara :



1. Hendaklah ia menjaga solatnya.


2. Hendaklah dia bersedekah.


3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an.


4. Hendaklah dia memperbanyak membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :



1. Jangan berdusta.


2. Jangan mengkhianat.


3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).



4. Jangan kencing sambil berdiri.



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,


“Bersucilah kamu semua dari kencing,

kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu

berawal dari kencing.”



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau lain sebagainya, kubur akan meperlakukan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada pertanyaan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah saja, aku bisa menghafal untuk menjawabnya.”



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikir. Seseorang tidak akan dapat menjawab setiap pertanyaan di alam kubur jika dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 



Wallahu`alam


Khamis, 23 Disember 2010

Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah



Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah



Hadith :



Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:


”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari

berada di dalam sebuah peperangan

sedangkan anak jari baginda

sudah berdarah.

Maka berkatalah Rasulullah SAW :

”Engkau hai anak jari tiada lain

melainkan anak jari yang telah berdarah

dan di jalan Allah

apa yang telah engkau deritai.”

(Bukhari dan Muslim)



Huraian:



Nabi pernah menyatakan bahawatekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah.



Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.



Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya.



Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.




Rabu, 22 Disember 2010

Kesan istighfar










Kesan istighfar


Hadith :



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar

maka Allah akan menjadikan baginya

setiap kesusahan itu ada jalan keluar

dan pada setiap kesempitan itu

ada cara mengatasinya serta memberikan

rezeki kepadanya daripada sumber

yang tidak disangka-sangka.”



Riwayat Abu Daud




Huraian




1. Islam menggalakkan kita agar
memperbanyakkan beristighfar,
selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa
kita tidak terlepas daripada dosa.
Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar
lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda
merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara
daripada dosa besar dan kecil.



2. Orang yang sentiasa
beristighfar kepada Allah
akan merasakan dirinya
sentiasa dekat kepadanya-Nya.
Bahkan akan timbul perasaan tenang
dan dapat mengecapi hidup
dengan penuh rasa yakin serta bebas
daripada perasaan putus asa atau lemah.



3. Dosa itu adalah
penyakit dan ubatnya adalah istighfar.
Oleh itu bagi mengelakkan hati
daripada lalai seseorang itu hendaklah
sentiasa membanyakkan istighfar.
Ini kerana kita tidak mengetahui
bilakah masanya
keampunan daripada Allah itu
akan berlaku.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...