:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 3 Februari 2013

:)




" Ya Allah,

 lembutkanlah hati kami 

sepertimana Engkau lembutkan

 besi untuk Nabi Daud. 

Ya Allah, '

tundukkanlah hati kami 

sepertimana Engkau tundukkan 

bukit dan burung untuk Nabi Daud 

dan seperti mana Engkau 

tundukkan laut untuk Nabi Musa 

dan seperti mana Engkau 

tundukkan api untuk Nabi Ibrahim 

dan jadikanlah hati kami 

istiqamah dengan hidayah-Mu.. 

Amin. "


Mutiara Hadis





Hadith: 


Daripada Abu Sa’id Al-khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sebaik-baik perjuangan ialah bercakap benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim.”

 (HR Abu Daud dan Tirmizi)


 





Huraian Hadith: 



1.    Hendaklah kamu berjuang memerangi orang-orang yang zalim yang menghalang daripada mengerjakan suruhan Allah.


2.    Setiap rakyat dikehendaki berani menyampaikan yang benar (menurut keadilan) kepada pemerintah dengan cara yang ikhlas dan berpatutan supaya penyelewengan tidak akan terus berlaku.


3.    Amar makruf dan nahi mungkar di hadapan penguasa yang zalim menjadi jihad yang terbaik kerana ia menunjukkan kekuatan iman dan keyakinannya dengan janji-janji Allah SWT, sehingga dia berani menegur penguasa yang zalim itu tanpa merasa bimbang ke atas keselamatan dirinya daripada tindakan keras penguasa berkenaan malah dia sanggup bergadai nyawa untuknya menegakkan kalimah Allah SWT , dan ini lebih berbahaya daripada mentang musuh di medan perang.







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeATIF_xua4skZDwRXVMUzvvJ_MK7YyBoPwdeMGDpd9_1iLE6kJhE2nmeFWJWsBC1Gx8lX0zb6XJwWAJXhqp1_dcMC3a2GkPLqyzDif3_iAF70MnCzG7de1e7KZ3Qw7N0sfyqCJfMGhbli/s1600/122_brave-deer.gif


Jumaat, 1 Februari 2013

Sayyidul Ayyam

http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2012/07/surahkahfi.jpg 

Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam, iaitu penghulu segala hari. Pada hari Jumaat ini dikurniakan dengan pelbagai keberkatan dan kelebihan buat umat Islam khususnya. Istimewanya Hari Jumaat ini, sehinggakan Imam al-Ghazali mengungkapkan hari tersebut sebagai hari raya bagi umat Islam kerana akan kemuliaannya.


Syeikh Abdus Samad Falimbani menghuraikan sebanyak 20 adab yang perlu diperhatikan oleh setiap muslim untuk meraih keberkahan hari tersebut. Beliau menghuraikan kitab Imam al-Ghazali yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Dalam menghuraikan kitab amalan seharian bagi meraih taqwa zahir dan batin, iaitu Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali mengungkapkan hari Jumaat sebagai:



"Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada umat (Nabi) Muhammad s.a.w. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi Hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi." 

 (Bidayatul Hidayah, m/s 100)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...