:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 17 Oktober 2010

Aku ingin peliharamu....




Iman......aku ingin peliharamu!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,

tuhan yang menciptakan seluruh alam.

Yang telah menetapkan segala Qadar dan Qada'

kepada setiap hambanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad saw.

Setiap detik membiarkan lidah basah

mengingati keduanya, insya Allah.



Kepada Allah kita mengharap.

Segala keyakinan terletak padanya.

Yang hidup akan menempuh kematian pada bila-bila masa.

Hanya kita,

adakah bersedia untuk menempuh alam kedua.

Berharap, dan terus berharap

sehingga sampai masa ketentuan ilahi

pada dunia yang telah tua,

hanya menunggu masa.



Hanya sekadar pengisian jiwa,

dan ibadah tambahan.

Agar kita sentiasa mengingati Allah

setiap detik dan setiap masa.



~Solat sunat awwabin / solat memelihara iman~


Digalakkan melakukan sebanyak 4 rakaat (2 salam) ,
6 rakaat (3 salam),
sebelum berkata-kata
selepas menunaikan solat maghrib
bagi memelihara iman dan menghapuskan dosa.




Sabda Nabi saw yang bermaksud:



"Sesiapa yang bersembahyang

enam rakaat sesudah Maghrib

tiada diselang antaranya

dengan sesuatu bicara

nescaya

samalah pahalanya

dengan ibadat dua belas tahun.


'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.



Sebelum mendirikan solat,

sunat membaca doa berikut :





Ertinya :


Selamat datang
kepada malaikat yang bertugas malam,
selamat datang
kepada dua malaikat pencatat yang mulia,
tulislah dalam rekod kau
bahawa
Aku bersaksi bahawa
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya,
Aku bersaksi bahawa syurga itu benar,
neraka itu benar,
kalam itu benar,
Aku bersaksi bahawa
qiamat itu benar dan pasti akan datang,
tidak ragu-ragu lagi,
Allah akan bangkitkan mayat dari kubur.
Ya Allah
simpanlah di sisiMu
penya
ksian ini
untuk hari yang aku perlukan padanya.
Ya Allah
simpanlah dengannya amalanku,
ampunlah dengannya
dosaku,
beratlah dengannya timbanganku,
yang baik,
dan
pastikanlah dengannya
pencapaian cita-citaku
dan
perkenan
lah untukku
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.










Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat:

1. Surah al-Qadr 1 kali


2. Surah al-Ikhlas 6 kali


3. Surah al-Falaq 1 kali


4. Surah al-Naas 1 kali



Selepas itu beri salam, baca doa ini..






Ya Allah!
Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku
kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,

semasa hidupku, semasa matiku,
dan selepas matiku.
Sesungguhn
ya Engkau Maha Kuasa
atas segala sesuatu."






Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama,
bacalah surah al-Kafirun dan
pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.







Selepas membaca al-Fatihah
pada rakaat yang pertama,
bacalah surah al-Kafirun dan
pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.



Apapun caranya,
mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara
dari segala fitnah dunia.



Solat-solat sunat
merupakan pendinding ketahanan iman
selain daripada solat fardhu wajib yang lima.




Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;

"Bersegeralah kamu beramal
sebelum menemui fitnah
(ujian berat terhadap iman)
seumpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman
di waktu pagi,
kemudian pada waktu petang
dia sudah menjadi kafir,
a
tau (Syak Perawi Hadis)
seseorang yang masih beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya,
dia sudah menjadi kafir.
Ia telah menjual agamanya
dengan sedikit dari mata benda dunia.

H.R.Muslim





Hadis ini menerangkan kepada kita
betapa dahsyat dan hebatnya ujian
terhadap iman seseorang
diakhir zaman.
Seseorang yang beriman di waktu pagi,
tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang.
Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman
di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya
telah menjadi kafir.



Begitu panta
s dan cepat perubahan yang berlaku.
Iman yang begitu mahal boleh gugur
di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja,
sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya
kerana hanya hendak mendapatkan sedikit
dari harta benda dunia.



Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman.
Dan menurut riwayat Ibnu Majah,
beliau menambahkan,
"kecuali orang yang hatinya
dihidupkan Allah swt. dengan ilmu"
.



Mudah-mudahan Allah swt.
menjadikan kita di antara orang
y
ang berilmu dan mengamalkan ilmunya,
sehingga dengan itu Allah Swt.
akan menyelamatkan iman kita
dari ujian yang dahsyat ini.




Wallahua'lam



SYAIR PERAHU (HAMZAH FANSURI)




http://i267.photobucket.com/albums/ii302/seomanias/HolyQuran3.gif



SYAIR PERAHU




Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetuli jalan tempat berpindah,
Di sanalah i’tikat diperbetuli sudah.



Wahai muda kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.



Hai muda arif-budiman,
Hasilkan kemudi dengan pedoman,
Alat perahumu jua kerjakan,
Itulah jalan membetuli insan.



Perteguh jua alat perahumu,
Hasilkan bekal air dan kayu,
Dayung pengayuh taruh di situ,
Supaya laju perahumu itu.



Sudahlah hasil kayu dan ayar,
Angkatlah pula sauh dan layar,
Pada beras bekal jantanlah taksir,
Niscaya sempurna jalan yang kabir.



Perteguh jua alat perahumu,
Muaranya sempit tempatmu lalu,
Banyaklah di sana ikan dan hiu,
Menanti perahumu lalu dari situ.



Muaranya dalam, ikanpun banyak,
Di sanalah perahu karam dan rusak,
Karangnya tajam seperti tombak
Ke atas pasir kamu tersesak.



Ketahui olehmu hai anak dagang
Riaknya rencam ombaknya karang
Ikanpun banyak datang menyarang
Hendak membawa ke tengah sawang.



Muaranya itu terlalu sempit,
Di manakan lalu sampan dan rakit
Jikalau ada pedoman dikapit,
Sempurnalah jalan terlalu ba’id.



Baiklah perahu engkau perteguh,
Hasilkan pendapat dengan tali sauh,
Anginnya keras ombaknya cabuh,
Pulaunya jauh tempat berlabuh.



Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
Derasmu banyak bertemu musuh,
Selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.



Barang siapa bergantung di situ,
Teduhlah selebu yang rencam itu
Pedoman betuli perahumu laju,
Selamat engkau ke pulau itu.



La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
Di laut keras dan topan ribut,
Yu dan paus di belakang menurut,
Pertetaplah kemudi jangan terkejut.



Laut Silan terlalu dalam,
Di sanalah perahu rusak dan karam,
Sungguhpun banyak di sana menyelam,
Larang mendapat permata nilam.



Laut Silan wahid al kahhar,
Riaknya rencam ombaknya besar,
Anginnya songsongan membelok sengkar
Perbaik kemudi jangan berkisar.



Itulah laut yang maha indah,
Ke sanalah kita semuanya berpindah,
Hasilkan bekal kayu dan juadah
Selamatlah engkau sempurna musyahadah.



Silan itu ombaknya kisah,
Banyaklah akan ke sana berpindah,
Taufan dan ribut terlalu ‘azamah,
Perbetuli pedoman jangan berubah.



Laut Kulzum terlalu dalam,
Ombaknya muhit pada sekalian alam
Banyaklah di sana rusak dan karam,
Perbaiki na’am, siang dan malam.



Ingati sungguh siang dan malam,
Lautnya deras bertambah dalam,
Anginpun keras, ombaknya rencam,
Ingati perahu jangan tenggelam.



Jikalau engkau ingati sungguh,
Angin yang keras menjadi teduh
Tambahan selalu tetap yang cabuh
Selamat engkau ke pulau itu berlabuh.



Sampailah ahad dengan masanya,
Datanglah angin dengan paksanya,
Belajar perahu sidang budimannya,
Berlayar itu dengan kelengkapannya.



Wujud Allah nama perahunya,
Ilmu Allah akan [dayungnya]
Iman Allah nama kemudinya,
“Yakin akan Allah” nama pawangnya.



“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“Kufur dan masiat” air ruangnya,
Tawakkul akan Allah jurubatunya
Tauhid itu akan sauhnya.



Salat akan nabi tali bubutannya,
Istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
SubhanaAllah akan lajunya.



“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“Iradat Allah” nama bandarnya,
“Kudrat Allah” nama labuhannya,
“Syurga jannat an naim nama negerinya.



Karangan ini suatu madah,
Mengarangkan syair tempat berpindah,
Di dalam dunia janganlah tam’ah,
Di dalam kubur berkhalwat sudah.



Kenali dirimu di dalam kubur,
Badan seorang hanya tersungkur
Dengan siapa lawan bertutur?
Di balik papan badan terhancur.



Di dalam dunia banyaklah mamang,
Ke akhirat jua tempatmu pulang,
Janganlah disusahi emas dan uang,
Itulah membawa badan terbuang.



Tuntuti ilmu jangan kepalang,
Di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
Menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.



Tongkatnya lekat tiada terhisab,
Badanmu remuk siksa dan azab,
Akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)



Munkar wa Nakir bukan kepalang,
Suaranya merdu bertambah garang,
Tongkatnya besar terlalu panjang,
Cabuknya banyak tiada terbilang.



Kenali dirimu, hai anak dagang!
Di balik papan tidur telentang,
Kelam dan dingin bukan kepalang,
Dengan siapa lawan berbincang?



La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
Iman tersurat pada hati insap,
Siang dan malam jangan dilalaikan.



La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
Tauhid ma’rifat semata-mata,
Memandang yang gaib semuanya rata,
Lenyapkan ke sana sekalian kita.



La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
Sekalian makhluk ke sana berpindah,
Da’im dan ka’im jangan berubah,
Khalak di sana dengan La ilaha illallahu.



La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
Siang dan malam jangan kau sunyikan,
Selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.



La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
Memadamkan cahaya sekalian rusuh,
Jin dan syaitan sekalian musuh,
Hendak membawa dia bersungguh-sungguh.



La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
Tauhid ma’rifat semata-mata.
Hapuskan hendak sekalian perkara,
Hamba dan Tuhan tiada berbeda.



La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
Medan yang kadim tempat berdamai,
Wujud Allah terlalu bitai,
Siang dan malam jangan bercerai.



La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
Menyatakan tauhid jangan berubah,
Sempurnalah jalan iman yang mudah,
Pertemuan Tuhan terlalu susah.



~ Hamzah Fansuri ~


http://1.bp.blogspot.com/_j-5Y4BUoo8k/TLJeUcprnxI/AAAAAAAAAj8/thIHb_9AHVk/s1600/taubat.jpg

Sabtu, 16 Oktober 2010

Indahnya lagu ini....




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvLwwEy7-n7XCehApRhZIIDHrKl6SCATToTtZ_VCv4z2dl_6n8EmllcGwJdwEUxQTaEBnVHiQUBwL5F8VcEAWrDctgQLc2Ta6p5GkOiT3hJ-blCdcI0gjSkqetMUh232pM9RpuXpflD6A/s1600/Nasihat.jpg



KETULUSAN HATI


Sedihku sakitku ku terima

Kurela kupasrah jalanku


Ini suratan aku dicuba

Demi rahmat-Mu ku memohon




Ya Allah

redhai ketulusan hati


Ya Allah

beri aku ketabahan


Ya Allah

aku sanggup berkorban


Demi rahmat-Mu Ya Allah




Di dunia yang sarat godaan

Kumohon dosaku ampunkan

Ingin bahagia dunia akhirat

Turunkan rahmat-MU untukku




Ya Allah

redhai ketulusan hati


Ya Allah

beri aku ketabahan


Ya Allah

aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Ya Allah...






TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBTDYsbiJLxEl4ICqTtT4sxj_7KdXUGpwnEdVXWSlzXSkPctbnt2sw3T3HDjhKe7PcWviqvE6OcGWgQDIpRu9PuBkSoC6egG_GK-ORDX-rZG0t8mCq4IgjzyL1PnNAw0_eXNF2Vd47LxT0/s1600/who.am.i.jpg


50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK


1. Malas beribadah kepada Allah SWT .

2. Lupa kepada Allah SWT

3. Melalaikan solat fardu


4. Mempercepat mengerjakan solat


5. Gemar meninggalkan solat berjemaah


6. Meninggalkan solat Jumaat


7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf


8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi


9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan


10. Riak


11. Hasad dengki


12. Dusta


13. Mungkir janji


14. Bakhil


15. Fitnah


16. Mencaci maki


17. Mengumpat


18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya


19. Mengingkari takdir allah


20. Mempersenda kesucian agama


21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT


22. Menghina sahabat Rasullullah SAW


23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar


24. Menangguh pembayaran hutang


25. Menipu dalam jual beli


26. Ghasab


27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran


28. Memakan harta anak yatim


29. Membuka rahsia orang lain


30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa


31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai


32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam



33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang


34. Bermuka-muka


35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36. Sombong diantara sesama manusia

37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah


38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim


39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup


40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah


41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah


42. Mengkhianati sesuatu amanah


43. Memutuskan silaturrahim


44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin


45. Menghalalkan perkara yang haram


46. Membuat kerosakan dimuka bumi


47. Menuduh orang beriman bodoh


48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah


49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT


50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.




taubat

Ciri-ciri Orang Munafik


Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara,
sesiapa yang melakukannya
maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu
daripada empat perkara itu,
maka ia mempunyai
salah satu daripada sifat munafik,
hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah)
apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir
dan apabila bertengkar
ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah ) “.


Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:


i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.



Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.



Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.



iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.




Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila si mati dikuburkan…..,
datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam,
lagi biru (matanya),
salah satu di antaranya disebut
dengan nama "Munkar"
dan yang satu lagi disebut
dengan nama "Nakir",
(lalu keduanya mendudukkan si mati itu
setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya)
kemudian mereka menyoalnya:
"Apa yang pernah engkau katakan
mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"
(dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya:
"Apa yang engkau pernah sembah?"
Maka
kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya,
ia akan menjawab dengan berkata:
"Aku menyembah Allah!"
Kemudian ia ditanya lagi:
"Apa yang engkau pernah katakan
mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"
(Dan pada satu riwayat yang lain,
oleh Abu Daud juga:
Mereka menyoalnya dengan berkata:
"Siapa Tuhanmu?"
Ia menjawab:
"Tuhanku ialah Allah!"
Mereka bertanya lagi:
"Apa agama mu?"
Ia menjawab:
"Agamaku ialah Islam!"
Mereka bertanya lagi:
"Siapa dia orang yang telah diutuskan
dalam kalangan kamu)?"
Maka kalau si mati seorang yang beriman,
ia akan menjawab dengan berkata:
"Orang itu (Muhammad s.a.w)
ialah hamba Allah dan RasulNya,
aku mengetahui serta menyakini
bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah
dan
bahawa sesungguhnya Muhammad itu
ialah hamba Allah dan RasulNya!"
Mereka berkata kepadanya:
"Kami sedia mengetahui
bahawa engkau mengakui yang demikian";
(Dan pada satu riwayat
oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
"Sungguh benar hamba-Ku,
maka bentangkanlah kepadanya
satu hamparan dari Syurga,
dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga,
serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga".
"Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya );
kemudian dilapangkan kuburnya
seluas tujuh puluh hasta persegi,
dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya;
kemudian dikatakan kepadanya:
"Tidurlah!"
Lalu ia berkata:
"Bolehkah aku balik kepada keluargaku
supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?"
Dua Malaikat itu berkata kepadanya:
"Tidurlah
seperti tidurnya pengantin
yang tidak dibangkitkan dari tidurnya
melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya
sehingga ia dibangkitkan Allah
dari tempat baringnya itu.
Jika si mati itu seorang munafik,
ia menjawab pertanyaan Malaikat itu
dengan katanya:
"Aku dengar orang berkata demikian,
maka aku pun turut berkata sama;
aku tidak tahu benarkah atau tidak".
Lalu dua Malaikat itu berkata:
"Memang kami tahu engkau berkata demikian";
(dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
"Sesungguhnya orang itu berdusta
maka bentangkanlah kepadanya
satu hamparan dari Neraka,
dan pakaikanlah dia dari Neraka,
serta bukakanlah baginya
sebuah pintu ke Neraka".
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bahang Neraka
dan udara panasnya)
kemudian diperintahkan bumi
supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya
sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya,
maka tinggallah ia dalam azab itu
terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia
dari kuburnya."


Abu Hurairah r.a

Huraian pengajaran hadis :


Rasulullah s.a.w bersabda


"Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.




Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."



Hadith :

Abu Umamah pernah meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW
bersabda bermaksud:
" Tiga kelompok manusia
yang tidak boleh dihina
kecuali orang munafik
ialah
orang tua Muslim,
orang yang berilmu
dan
imam yang adil."


(Muslim).

Huraian
Pengajaran Hadith:



Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai.




Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. Sebagai orang tua contohnya mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah seperti juga kedudukannya dengan imam yang adil yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. Golongan ini harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada diri mereka bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.


Rabu, 13 Oktober 2010

Jika kau bersedih pandanglah ke langit Allah...





Jika kau menangis..........
pandanglah ke sungai
airnya akan mengalir
biarpun.........
banyak batu-batu menghalanginya,
dan jika kau bersedih.......
pandanglah ke langit Allah....
ALLAH SWT
akan selalu bersamamu..........














Sabtu, 9 Oktober 2010

BESARNYA MAKNA DOA



BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN...semasa duduk antara dua sujud




Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..
tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati
ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah
permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan
angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan
ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita
untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali
hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita
untuk menerima kasih-sayang Allah
yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya
agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku
)



Setelah selesai,
diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti
sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu
pantaslah Allah perlakukan kita begitu.




AWAS MUSLIMAH!!!!!!!!!


http://3.bp.blogspot.com/_zBzSd2d_WsA/TKRA-i5uY_I/AAAAAAAAA40/UXTK1Q7qNag/s1600/siswonugroho_com-awas-bahaya-mudah-dan-murahnya-memulai-bisnis-online-300x300.jpg


AWAS: Perangkap anak-anak perempuan Islam


Subject: AWAS: Perangkap anak-anak perempuan Islam Awas perangkap anak-anak perempuan Islam
MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah.

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"




PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.


MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.




PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena





DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"
Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.






MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.




Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.
Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.



DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil A'lamin.







Sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.857.2


Sumber : USTAZ NOR AMIN SAYANI ZAINAL

Petikan dari
Pesatuan Pengguna Islam Malaysia


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...