بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayangأَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt
Yang Maha Agong
Maha Besar
Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94
di dalam Kitab Al-Quran.
Surah ini diturunkan di Mekah,
mengandungi 8 ayat.
Dinamakan surah “Al-lnsyiraah
(Perihal Melapangkan Dada Nabi),
kerana pada awal surah ini,
Allah Taala menegaskan salah satu
nikmat- Nya yang dikurniakan-Nya
kepada Nabi Muhammad (s.a.w.)
ialah melapangkan dadanya
(serta mengisinya dengan iman
dan hidayah pertunjuk).
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:
Dadamu (wahai
Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu:
Bebanmu
(menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu,
(dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu:
Sebutan namamu
(dengan mengurniakan
pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya
tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau
telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah
engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja
hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau
gemar dan ingini).
Banyak
fadhilat yang boleh
didapati dari surah ini.
Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan
murah rezeki.
Amalkan
membacanya
7 kali selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat
yang penting, kerjakan solat sunat Hajat
atau
Tahajjud ditengah malam,
dan baca surah ini 103 kali
atau lebih banyak menurut
kemampuan.
InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini,
Insya Allah terjauh dari wabak
penyakit panas dan
penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang
disengat serangga, baca surah ini
kemudian
tiupkan kepada pesakit,
insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini,
nescaya dadanya yang sempit
akan
dilapangkan Allah SWT.
Caranya:
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan
tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
dan ditekan.
Kemudian dibaca
surah Al-Insyirah 3 kali
dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas,
kemudian direndam dalam air dan
diminumkan
airnya kepada seseorang untuk
mendorongkannya supaya bertaubat dengan
sesungguhnya. Elok juga di baca
Asma’al Husna “AL-TAWWAB”
sebanyak 300 kali
selepas solat Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak
bergaduh, bacalah Al Fatihah dan
selawat
diikuti dengan surah Al-Insyirah
sebanyak 7 kali kemudian bacakan
Ayat 200 dari
surah Ali Imran
serta doa berikut :
“Allahumma allif baina
qulubihim wa ashlih
zata bainihim”.
Selepas itu, dihembus ke dalam air
untuk diberi minum kepada
anak-anak.
Boleh juga dibaca dan dihembus ke
ubun-ubun anak anda pada setiap
malam.
8. Surah ini jika dibaca
pada air sebanyak 111 kali,
dapat menyembuhkan
penyakit
batu karang. Air ini dapat
menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini
sebanyak 200 x setiap terbit matahari,
insyaAllah
akan dibukakan kepadanya
perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada
air kemudian diminum, insyaAllah
akan hilang
dukacitanya dan
terpelihara dari terkejut .
Jika dilakukan 7 hari berturut-turut,
insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa
membaca
surah Alam Nasyrah, seperti ia
mendatangi aku dan aku
mengambil
kesempatan maka
menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan
membaca surah Alam
Nasyrah
selesai mengerjakan solat fardhu,
nescaya Allah permudahkan urusannya
serta dimudahkan segala keperluannya
dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya
Allah turut
melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran dalam
segala
urusannya. Dihilangkan segala
sifat kesal dan jemu, serta
mendatangkan rajin
dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Surah Alam Nasyrah
sembilan kali
sesudah solat fardhu nescaya
Allah akan menjauhkan daripada
kesempitan hidup
dan dimudahkan
rezeki dalam segala urusan.
Anas bin
Malik ra. berkata:
Ketika
Rasulullah
duduk dan
di hadapannya
ada
batu tiba-tiba ia bersabda:
" Andainya kesukaran
datang dan masuk
ke
dalam batu ini
niscaya akan datang pula
kelapangan
dan masuk
ke dalam batu ini
untuk
mengeluarkan
kesukaran itu.
Maka
tutunlah ayat 5 - 6. "
(HR: Ibnu Abi Hatim)
Abu Hurairah ra. berkata ,
Rasulullah bersabda:
"Pertolongan
dari Allah diturunkan
dari
langit menurut
kadar beban keperluan
dan
turunlah kesabaran
menurut kadar
ujian musibah.
Jika engkau
telah
selesai dari
urusan duniamu maka
tegakkan
dirimu untuk melakukan
ibadah
dan kepada rahmat Tuhanmu
sajalah
engkau tetap berharap".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan