:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 26 Disember 2013

Doa Perlindungan :)






Hindari gangguan syaitan

 

 


 



MAKSUDNYA: 


" Aku berlindung 
kepada Allah untukmu berdua 
dengan kalimah-kalimah Allah
 yang sempurna daripada
 segala syaitan, binatang yang 
berbisa dan pandangan mata
 yang jahat
 (yang akhirnya 
mengakibatkan sakit)."



(Riwayat al-Bukhari no. 1535)






Keterangan dan Petua Beramal







Dalam sebuah hadis sahih 
riwayat Bukhari dan Muslim,
 Nabi SAW bersabda maksudnya:


 "Pandangan mata itu
 adalah benar."



 (Riwayat Ibnu Majah no 3508. 
Sahih. Lihat Silsilah 
al-Ahadith al-Sahihah no. 737)






Dalam hadis sahih yang lain, Nabi SAW meminta seorang hamba perempuan di rumah Ummu Salamah ditangkalkan kerana terkena pandangan mata jahat. (Al-Azkar: Bab Pandangan Mata Yang Jahat)







Sebagai seorang Muslim, kita dibekalkan dengan pelbagai maklumat penting untuk hidup dengan aman dan selamat di atas muka bumi Allah SWT. Menyedari hakikat al-wiqayah khairun minal ilaj (mencegah lebih baik daripada merawat), maka Nabi SAW mengajar kita agar membaca doa ini, memohon kasih-sayang Allah agar dipelihara cahaya mata kita daripada kejahatan-kejahatan yang tidak mampu terfikir dalam fikiran kita.





" Ibnu Abbas r.a berkata
 bahawa Rasulullah SAW berdoa
 dengan kalimah di atas untuk 
meminta Allah SWT
 perlindungan cucunda baginda 
Hassan dan Husin daripada
 gangguan jin dan syaitan 
serta pandangan mata 
yang jahat (al-Ain). "


(Riwayat al-Bukhari no 1535)





Walau bagaimanapun, kita perlu menukarkan penggunaan ganti nama (kaf mim) dalam perkataan (yang merujuk kepada dua orang lelaki atau perempuan) kepada (ka) jika merujuk kepada seorang lelaki (kamu) dan (ki) untuk seorang perempuan (kamu).





Sekiranya terdiri daripada ramai orang pula (kamu semua) kita hendaklah menggunakan (kum) dan (kunna) untuk ramai perempuan (kamus semua). Dalam kes tersebut golongan lelaki dan perempuan pula kita hendaklah mengekalkan penggunaan ganti nama (kum). 



Wallahu a'lam







Petikan daripada buku : 

101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih

Telaga Biru Sdn. Bhd.










Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...