:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 6 Disember 2013

Hidup cemerlang jika bersih daripada rasuah



http://divapress-online.com/uploaded/images/product/ori/735_rahasia-muslim-sejati-BENING.jpg

Khutbah Jumaat:

 Hidup cemerlang

 jika bersih daripada rasuah

Semua pihak perlu gembleng tenaga perangi jenayah secara serius



Gejala rasuah adalah perbuatan jenayah yang memberi ancaman besar kerana ia mudah menular dalam masyarakat. Amalan rasuah boleh membinasakan negara dan tamadun bangsa kerana rasuah yang berleluasa boleh menghakis sistem keadilan, nilai murni serta menindas rakyat. 









Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”


Surah al-Baqarah, ayat 188



Rasuah adalah haram berdasarkan dalil qat’ie iaitu al-Quran, sunah dan ijmak ulama. Firman Allah SWT yang bermaksud: 


“Dan janganlah kamu makan 
harta orang lain di antara kamu 
dengan jalan yang salah, dan jangan pula
 kamu menghulurkan harta kamu
 (memberi rasuah) kepada hakim-hakim 
kerana hendak memakan (atau mengambil) 
harta manusia dengan (berbuat) dosa,
 padahal kamu mengetahui (salahnya).”

 (Surah al-Baqarah, ayat 188)



Tanggungjawab bersama basmi rasuah




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah rasuah. Walau bagaimanapun, perjuangan menentang dan membasmi jenayah rasuah bukan terletak kepada SPRM atau pemerintah, tetapi tanggungjawab bersama.




Justeru, kesedaran, sokongan dan peranan rakyat amat ditagih bagi menyokong segala aktiviti serta usaha mana-mana pihak terutama SPRM untuk membanteras jenayah rasuah. 




Kesalahan rasuah tidak mengira golongan, bukan terletak kepada kecil atau besar saiz dan jumlah transaksi. Ingatlah, kesalahan rasuah terletak pada perbuatannya, sama ada seseorang itu pemberi, penerima atau menjadi orang tengah kepada perbuatan rasuah. 




Sabda Rasulullah SAW:


 “ Pemberi rasuah dan 
penerima rasuah akan masuk
 ke dalam api neraka.”

 (Riwayat at-Thobarani)



Amalkan budaya hidup murni




Percayalah, kesejahteraan negara banyak bergantung kepada sejauh mana kualiti setiap rakyatnya. Ingatlah, jika masyarakat mengamalkan budaya hidup yang murni dan berakhlak mulia, maka negara pasti kukuh serta bertambah maju.




Tetapi jika masyarakat mengamalkan gaya hidup keji seperti mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sudah pasti negara akan runtuh serta bertambah mundur kerana perbuatan rasuah boleh meruntuhkan sistem pentadbiran organisasi seterusnya menghancurkan negara.




Perbuatan rasuah berpunca daripada sifat tamak haloba, ingin memuaskan nafsu, memburu kekayaan, pangkat serta pingat dengan cepat, tidak bersyukur dan terikut-ikut dengan orang lain. Ini boleh berlaku apabila seorang itu suka bermuka-muka sedangkan diri tiada kebolehan dan kemahiran.




Sesetengah kita melihat ia hanyalah sekadar kesalahan moral. Perbuatan ini bukan saja melemahkan organisasi, malah mematikan motivasi warga kerja yang berkebolehan dan terlatih.




Sesungguhnya apabila sifat tamak telah bertapak di hati, bisikan untuk melakukan rasuah akan mula mempengaruhi diri. Inilah buktinya kelemahan iman seseorang yang menyebabkan mereka mudah diperkotak-katik oleh nafsu dan mengikut hasutan syaitan. 




Ingatlah, setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah, maka api neraka adalah tempatnya seperti sabda Rasulullah SAW: 




“Setiap daging yang tumbuh 
hasil daripada makanan haram itu
 maka api neraka adalah lebih utama untuknya.” 

(Riwayat al-Tarmizi) 


Pengamal rasuah, menyalahguna kuasa, pengkhianat amanah serta mereka yang bersubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Inilah masanya, semua pihak perlu menggembleng tenaga dan berusaha memerangi jenayah rasuah secara serius.




Perbanyak program kesedaran rasuah




Program penerangan dan kesedaran perlulah diperbanyakkan kerana rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin akan pengawasan Allah SWT serta pembalasan-Nya di akhirat. Yakinlah, semakin gigih usaha dan dakwah dilaksanakan untuk memerangi rasuah, pasti semakin jelas kesan perubahan positif yang akan berlaku. 




Mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan beriman serta berintegriti, meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan.




Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; membuktikan amalan ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah dirinya terbabit najis rasuah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...