
Dari 'Ubbadah bin Shamit r.a,
bahawa Nabi ﷺ bersabda :
"Barang siapa bangun tengah malam,
lalu dia membaca:
"Laa Illaaha
illallaahu wahdahu
laa syariikalah, Lahul mulku walahul hamdu
wa hu wa 'alaa
kulli syai-in qadiir.
Alhamdu lillaah, wa subhaanallaah.
walaa ilaaha
illallaah, wallaahu akbar.
Walaa hawla walaa
quwwata illaa billaah,
kemudian
dilanjutkannya:
Allaahummaghfirli.
(Tidak ada Tuhan
yang patut disembah
melainkan
hanya Allah satu-satuNya,
tidak ada sekutu bagiNya.
Milik-Nya sajalah
kekuasaan,
dan milik-Nya sajalah segala puji,
dan Dia berkuasa atas
segala-galanya.
Segala puji hanya milik Allah,
Maha Suci Allah,
Tidak ada Tuhan
melainkan hanya Allah;
dan Allah Maha Besar.
Dan tidak ada daya, tiada pula kekuatan
melainkan hanya milik Allah.
Kemudian diteruskan dengan:
"Wahai Allah!
Ampunilah kiranya aku!"
Jika dia berdoa,
diperkenankan doanya.
Jika dia
mengambil wuduk,
lalu dia solat,
diterima Allah solatnya."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0609.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan