:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 15 November 2013

Peribadi Rasulullah contoh akhlak al-Quran


Peribadi Rasulullah 
contoh akhlak al-Quran


Satu rahsia kehebatan dan kemuliaan al-Quran, ia diturunkan oleh Allah SWT kepada sebaik-baik rasul iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 



Rasulullah SAW dipilih Allah SWT sebagai sebaik-baik dan semulia-mulia rasul walaupun Baginda diutuskan sebagai rasul terakhir.
Kebenaran Nabi SAW sebaik-baik rasul dirakamkan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: 



“Dan tiadalah Kami 
mengutuskan engkau
 (wahai Muhammad), 
melainkan untuk menjadi
 rahmat bagi sekalian alam.”

 (Surah al- Anbiya’, ayat 107)




Ayat ini jelas menunjukkan pengiktirafan Allah SWT khusus kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, yang tidak diberikan kepada nabi dan rasul yang lain. 




Rasulullah SAW juga sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda ialah akhlak al-Quran itu sendiri. 



Tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik daripada keindahan akhlak al-Quran. 



Allah SWT berfirman yang bermaksud: 


“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

(Surah al-Qalam, ayat 4) 



Peribadi terpuji Rasulullah 



Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab: 


“ Sesungguhnya
 akhlak Baginda
 ialah al-Quran ” 

(Riwayat Muslim) 



Imam Ibn Katsir menjelaskan, ini menunjukkan Nabi SAW sebagai manusia yang patuh semua perintah dan larangan Allah SWT dalam al-Quran dengan penuh sabar dan berakhlak. Jika al-Quran memerintahkan sesuatu maka Rasulullah SAW menurutinya. 



Jika al-Quran menegahnya maka Rasulullah SAW meninggalkannya. 



Inilah peribadi Nabi Muhammad SAW yang telah dibentuk oleh Allah SWT daripada akhlak yang mulia seperti sifat malu, kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh akhlak yang cantik.



Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang baik dan Allah SWT memperbaiki akhlak Baginda. 



Doa mohon keindahan akhlak



Daripada Aisyah, beliau berkata:


 “Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku.” (Riwayat Imam Ahmad) Sebagai umat Islam kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. 



Baginda juga membawa sehebat-hebat ajaran iaitu ajaran al-Quran untuk sekalian umat manusia.



 
 
 http://kedaiberjaya.com/rasullullah.jpg
 https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/406760_10151407752985180_1800037942_n.jpg

 Rasulullah SAW bersabda: 
 
''Sesiapa yang baca:

  SubhanAllah 33 kali,

  Alhamdulillah 33 kali,

  AllahuAkbar 33 kali,

   dan kemudian ia mengenapkannya

  100 dengan membaca 
 
La ilaaha illAllah wahdu la syareeka lahu...
 
(hingga habis), tiap-tiap kali selesai solat, 

maka segala  kesalahannya akan diampuni 

meskipun seperti banyaknya 
 
buih di lautan. "
 
(HR Muslim)



 
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...