Rasulullah SAW bersabda:
“Lima
waktu tidak ditolak
sesuatu
doa itu iaitu
pada malam Jumaat,
malam 10 Muharam,
malam Nisfu Syaaban,
malam Aidilfitri dan
malam
Aidiladha.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a.
katanya Rasulullah
ﷺbersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ
شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ
اللَّيْلِ.
“ Seafdal-afdal
puasa
selepas puasa Ramadhan
ialah puasa pada
bulan Syahrullah
(bulan Allah) Muharram
dan
seutama-utama solat
sesudah solat fardu
ialah solat malam.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Sewaktu
Rasulullah
ﷺberhijrah ke Madinah,
Baginda
melihat
orang-orang
Yahudi berpuasa
pada hari Asyura.
Rasulullah
ﷺbertanya:
“Berpuasa
apakah kamu ini ?”
Jawab mereka,
“Hari ini hari besar, pada hari ini
Allah menyelamatkan Nabi Musa
dan Bani Israil serta menenggelamkan
Firaun
dengan askar-askarnya.
Maka Nabi Musa telah berpuasa
sebagai tanda bersyukur
kepada
Allah kerana itu kami pun berpuasa.”
Sabda Nabi ﷺ:
“Kamilah yang lebih berhak
mengikut jejak Nabi Musa
daripada kamu.”
Dari itu Nabi berpuasa dan
menyuruh sahabat-sahabatnya
berpuasa pada hari itu.”
(Hadis
Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Rasulullah
ﷺbersabda:
“Para Nabi berpuasa
pada hari
Asyura,
maka berpuasalah kamu.”
(Musnad
Baqi ibn Makhlad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan