:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 29 November 2013

Mutiara Hadis






Nabi Muhammad s.a.w 
bersabda:
 
"Sesiapa 
yang membaca
Surah Al-Waqi'ah
 pada tiap malam,
maka tidak akan 
menderita kemiskinan
untuk selamanya"

(Riwayat Al-Baihaqi 
dari Ibn Mas'ud r.a)







Nabi Muhammad s.a.w
  bersabda:
 
 " Kamu akan dapati 
sejahat-jahat orang itu
 ialah yang bermuka dua, 
yang datang ke sini 
dengan satu muka 
dan ke sana dengan
 satu muka lain " 

(Riwayat Bukhari & Muslim)


:)


https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/75654_10151168174319496_5656738_n.jpghttp://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/11/kemuliaan-hari-jumaat.jpg

Rabu, 27 November 2013

Mutiara Hadis


http://1.bp.blogspot.com/-Wr8hHYSHxZM/Uhk-WGxKySI/AAAAAAAAADE/gqz8WEF7qng/s1600/1239872_497674396989600_1893507404_n.jpg

Rasulullah S.A.W. 
pernah bersabda: 


"Aku adalah
 perbendaharaan ilmu 
dan Ali adalah 
pintunya."
 


Apabila didengari 
oleh orang khuarij, terasa 
hasad di hati mereka. 
Maka, mereka pun
 berkumpul untuk meminta 
Saidina Ali menjawab soalan :
"Mana lebih afdhal,
 harta atau ilmu?"
Jawab Saidina Ali: 

" Ilmu."


1-Ilmu pakaian para anbia',
 manakala harta adalah pakaian Qarun.

2-Ilmu memelihara akan harta,
 kamu memelihara akan harta.


3-Yang mempunyai ilmu 
banyak sahabatnya, sedangkan 
yang mempunyai harta 
banyak musuhnya.


4-Ilmu apabila diberikan
 pada orang akan bertambah,
 manakala harta apabila
 dibahagikan pada orang akan 
   berkurang.



5-Orang yang banyak ilmu 
akan diseru dengan nama  
 yang mulia sedangkan orang 
yang banyak harta dipanggil
 bakhil dan cela (jika kedekut

              
 
6-Ilmu tidak perlu dipelihara
 daripada pencuri, manakala harta
 sentiasa menarik perhatian pencuri,


7-Ilmu di akhirat
 mencari syafaat, manakala harta
 akan dihisab akan ia.


8-Ilmu tidak akan binasa, 
sedangkan harta binasa.


9-Ilmu boleh menerangkan hati,
 manakala harta boleh
 mengeraskan hati.


10-Orang yang memiliki ilmu 
mengimpikan kehambaan, 
sedangkan yang memiliki harta
 mengimpikan ketuhanan dan kebesaran.



Bahawasanya menuntut ilmu itu
 hendaklah diniatkan:

1-Menuntut kerana mencari keredhaan Allah.

2-Mengamalkan ilmu untuk manfaat di akhirat.

3-Keluar daripada kalam jahil kepada cahaya ilmu.

4-Mendapat faedah di dunia dengan melakukan ibadat.


Alhamdulillah..:)


http://xeniagreekmuslimah.files.wordpress.com/2013/03/alhamdulillah020313.jpg?w=640http://islamicartdb.com/wp-content/uploads/2012/08/alhamdulillah-calligraphy.jpg

Ahad, 24 November 2013

:)..RABBI YASSIR WALA TU' ASSIR


http://nughol.files.wordpress.com/2011/03/doa34.jpg?w=400&h=266
Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir.
 Rabbi tammim bilkhoir.
 Birohmatikaya Arhamarrohimin."


Semoga Allah SWT
memudahkan segala urusan kita
dan menjadikan kita hamba Nya 
yang sentiasa bersyukur
 dan bermuhasabah......

 "   RABBI YASSIR WALA TU' ASSIR "

Maksud :




 " Wahai Tuhanku , 
permudahkan akan diriku

 dan jangan beri
 kepayahan pada diriku "




Sabtu, 23 November 2013

:)..Marah Yang Seimbang..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqqzxAleUuf5a5fbsm1p6-Oq3VwgU-RIHEwk1S2NzweDz6J-vD_iTu94Ns5WEbywK5-4uH-JDa5sK5orr3Jb1erC0HUVeAudiXaRkksFzs5ljQ2f6XZsTFViVfgb3Ggnmj4fTCyPvhMHM/s1600/Doa+Untuk+Menghilangkan+Rasa+Marah.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBmjN7oWB0RA_s0ndNbjNUlhOiS53w5PWTRM8rrmKLcRKCgoCjDEhEL95lEZjYhKDoRtQp2r7sExta-a24Fc3i3vl5xd4u0uGrVjKWxzXH3p8fXhRSVnbDhfw6LbiwAFI17e3fhrpZ1bwp/s1600/Screen+Shot+2013-03-07+at+8.19.04+AM.png

Menurut Abullaits Assamarqandi 
dalam bukunya "Tanbihul Ghafilin"
 bahawa diantara manusia itu 
ada orang yang lekas marah tetapi 
juga lekas redanya
 maka ini seimbang. 


Adapula orang yang
 lambat marahnya dan 
lambat pula redanya,
 ini juga seimbang. 



Sebaik-baik kamu
 lambat marah dan cepat redanya
 dan sejahat-jahat kamu yang
 cepat marahnya dan lambat redanya.



Dalam hadis Rasulullah SAW 
banyak diterangkan tentang
 cara mengatasi sifat marah ini. 



Diantaranya 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


 " Marah itu
 bara api maka siapa 
yang merasakan demikian, 
jika ia sedang berdiri maka 
hendaklah duduk, dan bila
 sedang duduk hendaklah
 bersandar atau berbaring ". 



Dalam keterangan lain juga
 disebutkan jika kita dalam
 keadaan marah maka syaitan
 telah meniup api kemarahnnya, 
untuk meredakannya maka
 berwuduklah, dengan cara itu
 api kemarahan akan terpadam.



Kemarahan itu menyebabkan
 hubungan kita dengan
 orang lain menjadi terjejas,
 Oleh sebab itu  
bukakan hati kita agar 
segera memaafkan orang tersebut,
 dengan sendirinya kita telah
 mampu mengawal kemarahan kita
 daripada terus merebak. 




Dari Abu Umamah Albahili berkata; 
Rasulullah SAW bersabda:




 "Siapa yang dapat 
menahan marah padahal dia 
dapat untuk 
memuaskan kemarahannya, 
namun ia tidak menurutinya
 bahkan ia bersabar maka 
Allah SWT mengisi hatinya 
dengan keredhaan di hari kiamat".


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgy42TNO23na8k7lM6iChJRAbLZ-qGxJRdksZZoLQV6qo8nruXmP2je65cJSlgbw2dOJdIkX052aqe3RgzQBNxPIcuhG1SRMEmWOCxRKpRBh3ByI47GNsoLW8Tqlx3-ZyxVu8IZS0QzabU/s1600/image-43.gif


 Apakah hukum marah? 
Adakah dosanya seperti dosa besar?

 

Ada dua jenis marah iaitu
 yang tercela dan yang terpuji.
 Marah pada tempat yang betul, 
contohnya marah kepada perkara
 kemungkaran adalah perlu.
 
 
 
 Ada satu kisah, Nabi SAW 
berjalan dengan Umar dan 
sahabat lain, dan datang
 seorang Badawi yang membawa
 dhob (biawak pasir) dalam
 lengan bajunya.
 
 
 
 Badawi itu tidak mengenali 
Nabi SAW dan sekadar mendengar
 cerita yang Nabi SAW merupakan
 orang yang membawa ajaran baru
 dan memecah-belahkan orang ramai.
 Apabila diberitahu itu 
rombongan Nabi SAW,
 dia pun pergi dan berkata 
yang Nabi SAW merupakan
 orang yang sangat dibencinya.
 Umar tidak puas hati dan
 meminta izin untuk 
memenggal kepalanya. 
Nabi SAW tidak mengizinkan 
dan berkata ada cara lain
 yang lebih hikmah untuk
 menanganinya. Nabi SAW 
kemudian bertanya :
 
 
 
“Mengapa kamu membenciku 
sedangkan aku mengajak
 orang beriman kepada Allah”.
 Badawi itu menjawab kembali
 dengan mengatakan yang 
dia takkan beriman sebelum
 dhobnya beriman. 
 
 

Ditakdirkan Allah, 
dhob itu mampu bercakap dan
 mengakui kerasulan Nabi SAW. 
Badawi itu pun akhirnya 
masuk Islam juga. 
Kisah ini panjang tetapi
 pengajarannya ialah
 tidak cepat marah dan 
menghukum seperti yang
 Umar ingin lakukan. 
Marah yang tercela hukumnya
 haram jika mengakibatkan
 perbuatan lain seperti mengeluarkan
 perkataan yang keji, 
mencela orang, atau
 menyakiti orang lain.
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrfQNy1vpItIoM3hGWjZImejT8BKJOcudnfuIOzx3X0F-bRNjvLM_QgvD4LogsY7xN4WQ3_abY6XBZHiv74lkzoprjlf5MsN-p4XHPlJK1uSvWkRF9ui_H3K1sBnpO72p_ExYeU-4LcuA/s1600/jgn+marah.jpg
 
 Bagaimana mengelak marah
 bertapak dalam hati?
 
 
  Marah ini umpama
 penyakit dalam hati.
 Oleh itu hati perlu diperbaiki 
dengan ilmu dan amal.
 Dengan ilmu, seseorang itu
 perlu bertafakur mengenangkan
 sesuatu yang berlaku adalah 
ujian daripada Allah. 
Kita juga perlu ambil teladan 
daripada kisah-kisah para
 Nabi dan sahabat. 
 
 
 

Contohnya,
 Saidina Ali pernah tidak
 membunuh seorang di
 medan perang walaupun telah
 berada di depannya kerana 
lelaki itu meludah kepadanya. 
Apabila ditanya mengapa,
 Saidina Ali menjawab
 pada asalnya, dia ingin
 membunuh lelaki itu kerana Allah,
 tetapi kemudian dia tidak mahu 
membunuh kerana marahkan 
lelaki itu yang telah meludahnya.
 
  
 
 
 
 
 
 Ya Allah ampunkan dosaku, 
jauhkan segala kemarahan
 yang berada di dalam hatiku,
 dan lindungi aku daripada 
tipu-daya syaitan.
 
Amin Ya Rabbal Alamin
 
 
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6uLFn2731i-k1cRYomBgGlq9-RxsFmKY4ybqckj6xzhhfuibs3OIa_v8t67p4pm6cxQ8KfUdQbmze2yFWHPwDF9n5lH_lgHAA_uJKod2oxlT4FmwIDirCSVpgE98Y5fNP7F8-Ev8X7QWV/s1600/jangan-marah.jpg
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...