:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 4 Mei 2012

Khutbah Jumaat



Khutbah Jumaat:

Tanggungjawab pekerja

laksana hak Tuhan,

muamalah sesama insan


AL-QURAN menerangkan kepada kita bahawa Allah SWT menciptakan manusia dan jin untuk beribadah serta menjadi hamba Allah menguruskan dunia ini dengan sebaik mungkin mengikut standard peraturan ditetapkan-Nya.

Selepas itu manusia akan dikembalikan ke akhirat untuk menghadapi penilaian dan pengadilan sejauh mana prestasi melaksanakan perintah Allah SWT. Inilah matlamat utama dan hala tuju kehidupan manusia di dunia ini.
Sebagai pekerja Allah di dunia ini sama ada bekerja dengan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri , mereka mempunyai tugas serta tanggungjawab tertentu. Pada dasarnya umat Islam yang bekerja mempunyai dua sasaran utama iaitu melaksanakan hak Allah SWT dan melaksanakan muamalah sesama manusia.
Muamalah itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Umat Islam yang dapat melaksanakan dua sasaran itu dengan cemerlang akan memperoleh kejayaan hidup di dunia serta akhirat.

Bagaimanapun isu yang sering menjadi perbahasan mengenai pekerja ialah kualiti pekerjaan dan kecemerlangan memberi perkhidmatan berinovatif yang dapat memuaskan dua pelanggan iaitu Allah SWT dan manusia.

Islam telah memberi peringatan kepada umatnya supaya sentiasa berbuat baik, cemerlang dan menjaga kualiti atau bersifat ihsan dalam melakukan setiap pekerjaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berbuat baiklah kepada orang lain seperti mana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Mengulas mengenai kecemerlangan melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Memahami dan menghayati sifat ihsanakan membantu umat Islam mewujudkan pekerjaan cemerlang, berkualiti tinggi serta berinovatif. Sifat ihsan ialah melaksanakan pekerjaan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan perasaan yakin seolah-olah pekerjaan itu dilihat serta dipantau Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya Jibril mengenai ihsan: “Apakah ihsan itu? Sesungguhnya kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Unsur penting sifat ihsan ialah bekerja secara profesional, menguasai bidang kerja, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Penghasilan yang baik sudah tentu menjadi hak pekerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara untuk melahirkan ihsan atau sebaik-baik pekerjaan yang amat dituntut dalam Islam. Prinsip ihsan termasuk berakhlak mulia, mempunyai keterampilan dan kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang tugas.

Mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisis sesuatu maslahat selain peka keperluan masyarakat semasa. Mempunyai wawasan dan dapat membuat jangkaan keperluan masa depan.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menghasilkan kecemerlangan sesuatu aktiviti dan bekerja untuk menghasilkan sesuatu kualiti terbaik yang memenuhi kehendak pelanggan.

Prinsip ihsan tidak berhasil jika semata-mata kuat beragama tetapi tidak menguasai ilmu dan kemahiran pekerjaan. Prinsip ihsan juga akan cacat jika hebat menguasai ilmu tetapi lemah dalam penghayatan agama.

Berdasarkan pengertian sebenar sifat ihsan ini, akan melahirkan pekerja bertanggungjawab, beristiqamah dengan suruhan Allah SWT dan mengutamakan kepentingan pelanggan dalam melakukan tugasannya, sama ada dilihat orang atau tidak, ketika bersama majikan atau ketiadaan majikan.

Bekerja atas dasar ihsan untuk memenuhi hak Allah SWT dan keperluan manusia sejagat akan memperkasa jati diri serta meningkatkan harga diri pekerja. Seseorang itu akan takut melakukan perbuatan keji seperti melakukan kerosakan, penipuan, rasuah, mencuri tulang dan ponteng kerja.

Ingatlah, wang kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan menganiaya pihak lain adalah wang dan kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram tidak membawa kesenangan dan kebahagiaan sebaliknya menyebabkan kesengsaraan di dunia serta akhirat.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...