:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 6 Mac 2010

Keutamaan Membaca Surah Al-Baqarah





Hadith :





Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”





Riwayat Muslim


Huraian


Rumah adalah sebahagian
daripada kesempurnaan nikmat
pemberian Allah SWT kepada manusia.
Rumah menjadi tempat tinggal,
tempat berehat dan banyak lagi
manfaat lain yang boleh
diperoleh daripadanya. Itulah
yang dikatakan Ibnu
Katsir ketika mentafsirkan
Surah An Nahl ayat 80 “Dan Allah
menjadikan bagimu rumah-rumahmu
sebagai tempat tinggal”.



Justeru mereka yang dikurniakan
kemampuan memiliki rumah sendiri
tidak kira besar mahupun
kecil perlu mensyukurinya.


Islam mengajarkan kita
tatacara tertentu dalam
mendirikan rumah atau
menduduki rumah baru iaitu
membanyakkan membaca Surah
Al Baqarah dari ayat pertama
sehingga ayat terakhir.
Rasulullah SAW pernah
bersabda yang maksudnya:
“Bacalah Surah Al- Baqarah di
rumah kalian, kerana sesungguhnya
syaitan itu tidak akan memasuki
sesebuah rumah yang di dalamnya
dibacakan Surah Al-Baqarah”
Surah al-Baqarah menceritakan
asal usul kejadian manusia,
serta asal usul kemurkaan
Allah kepada syaitan.


Hakikat inilah yang melemahkan
syaitan apabila kita membaca surah
tersebut. Ia mendedahkan kelemahan
mereka dan kehormatan kita yang
dilantik oleh Allah SWT sebagai
khalifah di dunia. Dengan
membacakan Surah Al-Baqarah
suasana rumah akan menjadi
lebih tenang dan akan
dijauhi daripada gangguan syaitan.


Jangan pula ketika memasuki
rumah baru kita membawa
masuk segala perkara baru yang
bercanggah dengan agama
seperti mengamalkan perkara
khurafat dan ritual-ritual seperti
memanggil dukun dan paranormal
agar rumah terhindar daripada
gangguan syaitan atau
perkara-perkara ghaib.
Semua ini jelas merupakan
perbuatan syirik dan
mengundang kemurkaan Allah!


Ketika di rumah sama ada
rumah baru atau yang sudah
lama didiami jangan sekali-kali
kita melakukan perkara-perkara
yang boleh mengundang syaitan
untuk masuk dan tinggal di
dalamnya seperti membawa
masuk perkara-perkara haram
dan maksiat, menyimpan patung
berhala dan sebagainya.
Mahukah kita mendiami rumah
bersama-sama syaitan?
Ketahuilah bahawa syaitan
sekali-kali tidak akan
pernah berhenti berusaha
untuk memasuki rumah
orang-orang yang beriman
dengan tujuan untuk
menyesatkannya.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...