Huraian
Seorang Muslim hendaklah bersegera
melakukan kebaikan dan
memperbanyakkan
amalan-amalan ketaatan dan kebajikan.
Janganlah melengah-lengahkan masa
dan
jangan pula mengabaikan masa
dengan harapan untuk
melakukannya kemudian sedangkan
seseorang itu tidak dapat memastikan
bilakah ajalnya akan tiba.
6 ulasan:
Salam
Satu peringatan yang berharga.
Terima kasih kerana sudi menjadi follower mountdweller.
Salam > mountdweller
Sama-sama beringat.
Terima kasih kerana sudi mencatat sesuatu di sini.
Salam,
Mengingat akan kematian tidak rugi. Malah cerdik.
Salam > Faridrashidi
Ya. Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati kerana mati itu pasti. Terima kasih kerana sudi mencatat sesuatu di sini.
Salam Jumaat Cikgu Roha
Mati suatu yang menyakitkan
mati itu juga pasti
kalau kenangkan mati
rasa takut pun ada
kerana rasa kerdilnya
hinanya diri ini...
Salam > myraudhatulukhwah
Ya. Jika melalui pembacaan memang jelas "mati" itu menyakitkan. Nabi sendiri turut merasainya. Apakah kita semua cukup bersedia menghadapinya?
Catat Ulasan