Ibnu Abbas menceritakan :
”Nabi SAW berjalan melalui sebuah
kebun di Madinah atau di Mekah.
Lalu kedengaran oleh baginda
suara dua orang sedang disiksa
dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :
”Keduanya disiksa bukanlah
kerana dosa besar.”
Kemudian baginda
melanjutkan perkataannya,:
”Yang seorang disiksa
kerana
kencing di tempat terbuka)
dan
yang seorang lagi
kerana
membuat fitnah supaya
orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh
supaya mengambil pelepah tamar
lalu dipatah dua oleh baginda
dan
diletakkan di atas kedua kubur itu
masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:
”Ya Rasulullah!
Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda
“Mudah-mudahan kedua-duanya
mendapat keringanan selama
pelepah tamar itu tidak kering.”
(Bukhari)
Huraian
Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar). Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya. Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.
UBAHLAH KERUGIANMU MENJADI KEUNTUNGAN
kami tengadahkan telapak tangan ini dengan sepenuh jiwa memohon kepada Mu Ya Tuhanku, kami mengharapkan pahala Mu sebagai keberuntungan perlindungan bagi kami......Jangan berputus asa jikakakimu terantuk danengkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatandan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah swtbersamaorang-orang yang sabar.Jangan bersedih sekiranya orangyang selama ini dekat denganmu menghujamkan anak panah ke tubuhmu. Kerana nanti engkau akan mendapatkanorang lain yang akan mencabut anak panahtersebut, mengubati lukamu, danmengembalikan kehidupan dansenyumanmu.Jangan sering bernaung di atasgedung reruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dankegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembuscakerawala bersama sinar pagi yang cerah.Jangan melihat kertas-kertas yangtelah berubah warnanya,huruf-hurufnya yang membingungkan,dantulisannya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisanitu bukanlah tulisan yang terbaik yangpernah engkau tulis. Dan.......kertas itubukan kertas terakhiryang engkau tuliskan. Engkau harus membezakanantara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orangyang menyerahkannya pada angin. Tulisan ini tidak hanya ucapan indahyang berlalu begitu sahaja,akan tetapi..........ia adalah perasaan hatiyang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantungorang yang membawanya denganpenuh kesabaran, dan membakarkepiluannya dengan api.Jangan anda seperti raja yang murung,nama julukan burung ajaibyang mengeluarkan kicauan merdunyabila berdarah kerana terluka sehingga ia dijuluki dengan nama tersebut. Sesungguhnyatidak ada sesuatu pundi dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun..........
NIKMAT ITU BAK PENGANTINMAS KAHWINNYA ADALAH BERSYUKUR.............. Sumber : Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni - Jangan Bersedih
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan