:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 22 Mac 2010

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara











Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


”Dalam persoalan arak ada

sepuluh orang yang dikutuk

kerananya iaitu

pembuatnya,

pengedarnya,

peminumnya,

pembawanya,

pengirimnya,

penuangnya,

penjualnya,

pemakan hasil wangnya,

pembayarnya

dan

pemesannya ”




Riwayat Anas

Huraian


i) Arak yang juga disebut “khamar”
dalam bahasa Arab bermaksud
minuman yang memabukkan.
Ia menjadi minuman kemegahan bagi
orang-orang fasik, kafir dan munafik.
Di dalam Islam hukum meminumnya
adalah haram.


ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda
bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan.
Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati
bahawa arak sebenarnya boleh
merosakkan fizikal dan mental
manusia di mana dari segi ilmu perubatan
arak itu boleh memberi kemudharatan
pada tubuh badan manusia seperti
menyebabkan penyakit
lemah jantung, barah mulut, tengkuk,
kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.


iii) Manakala dari aspek mental
pula al-Quran sendiri ada menyebut
bahawa arak itu akan mendedahkan gejala
yang tidak baik kepada individu, masyarakat
dan negara di mana seseorang yang
meminum arak pasti akan mengalami
gangguan minda, hilang pertimbangan
dan
kesedaran diri menyebabkan ia akan
melakukan sesuatu perkara buruk yang
tidak pernah dilakukan ketika
dia berkeadaan waras.
Inilah puncanya berlaku permusuhan
dan
kebencian serta terjadinya penyakit sosial
seperti gejala seks bebas, pembunuhan
dan
kemalangan jalanraya.


iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam
mengharamkan pengambilan arak
adalah untuk menjaga keperibadian
manusia daripada perkara-perkara yang
merosakkan selain daripada kesan
arak itu sendiri yang boleh melalaikan
diri daripada mengingati Allah.
Bahkan para fuqaha mengatakan
bahawa jenayah arak ini sebenarnya
samalah seperti kesalahan mencuri
dan berzina di mana hukuman yang
bersabit dengan arak ini adalah
sebat antara 40 hingga 80 kali.


v) Larangan arak selain daripada yang
disebutkan di dalam hadis di atas
juga berlaku pada larangan
menghadiri majlis di mana arak
disediakan untuk para tetamu.
Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap
Muslim untuk menjauhi arak daripada
kehidupan mereka dan bersama
membenteras gejala tidak sihat ini
daripada terus menular
di dalam masyarakat.





2 ulasan:

ummu berkata...

salam Cikgu Roha
takut kan..arak ni memang bahaya sebenarnya..
kalau drive dan di bawah pengaruh arak, bukan setakat membahaykan diri sendiri tapi pengguna jalan raya lain seperti yang tersiar di akhbar semalam

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Mohon maaf bbyk kerana lewat berkunjung balas ... mula bz, pastu terlepas pandang la pulak ... maaf ya.
Paparan yg sarat dgn ilmu & nasihat berguna ... amat bagus.
Tp sekadar pandangan Kak G sajalah, harap diterima positif ya ... ini mungkin sukar di'digest' semuanya terutama sekali bg yg baru menjinakkan diri & mengenali Islam.
Namun teruskanlah usaha murni Cikgu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...