:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 18 Mac 2010

Amalan Yang Dituntut






Hadith :

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila Allah hendak
membahagiakan
seseorang hamba-Nya,
Allah Taala menyeru Jibril
dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya Allah kasihkan
si anu maka
hendaklah engkau mengasihinya";
Jibril pun mengasihinya;
kemudian
Jibril mengisytiharkan kepada sekalian
penduduk langit katanya:
Sesungguhnya Allah kasihkan si anu
maka hendaklah kamu sekalian
mengasihinya; dengan itu
penduduk langit
pun mengasihinya;
setelah itu orang yang tersebut dikasihi
dan diberi sambutan di bumi.


Dan apabila Allah Taala
bencikan seseorang
hamba-Nya,
Allah memanggil Jibril serta berfirman:

"Sesungguhnya Aku bencikan si anu
maka hendaklah engkau bencikan dia".
Jibril pun membencinya; kemudian Jibril
mengisytiharkan kepada sekalian
penduduk langit, katanya:
"Sesungguhnya Allah bencikan si anu
maka hendaklah kamu sekalian membencinya";
dengan itu penduduk langit pun membencinya;
setelah itu orang yang tersebut dibenci
dan dipulaukan di bumi."

i) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

ii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.

iii) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.



Abu Hurairah r.a



Huraian

Pengajaran Hadith:

i) Umat Islam dilarang melakukan perkara yang buruk dan dibenci agama dan masyarakat tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan.



ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi oleh Allah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.



iii) Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasai oleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.



iv) Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...