:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 30 Oktober 2011

Ikhlas syarat capai haji mabrur





http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h27_21076729.jpg


Ikhlas syarat capai haji mabrur



http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h01_21216599.jpg

Umat Islam tak perlu berulang kali ke Tanah Suci



BOLEHKAH seseorang itu
menunaikan haji berulang kali agar
memperoleh haji mabrur?
Apakah haji mabrur dan bagaimana pula balasannya.


RASHID,
Johor Bahru, Johor




http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h03_21216211.jpg





ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad.
Boleh menunaikan haji lebih daripada sekali.
Dalilnya ialah suatu ketika Rasulullah SAW berkhutbah:




Sesungguhnya
Allah mewajibkan kepada kamu sekalian haji.
Seorang sahabat bernama al-Aqra Habis bertanya:
Apakah pada setiap tahun, wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab:
Seandainya aku mengatakannya,
maka ia menjadi wajib.




Balasan haji mabrur dijelaskan
dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:





Haji mabrur tiada balasan kecuali syurga.
Yang dimaksudkan dengan haji mabrur di sini ialah
haji yang diterima di sisi Allah SWT.
Teks hadis yang lengkap iaitu seperti
dalam Surah at-Tirmizi yang berbunyi:




Iringilah antara haji dan umrah kerana
keduanya menghapuskan dosa seperti
ahli logam menghapuskan kotoran besi,
emas dan perak.
Haji mabrur tidak ada balasan kecuali syurga.
Tidaklah seorang mukmin sepanjang hari
berada dalam keadaan berihram
melainkan dosa-dosanya terbenam
bersama matahari.






Dari segi bahasa, kalimah mabrur diambil daripada
kata akar iaitu barra yang mempunyai banyak makna.
Antaranya syurga, benar, diterima,
pemberian dan keluasan dalam kebaikan.
Ulama berbeza pandangan mengenai pengertiannya.
Dalam kitab Nayl al-Awthar, asy-Syaukani
mengemukakan pandangan Ibnu Khalawayh bahawa
haji mabrur adalah yang diterima Allah SWT (makbul).




Ulama lain pula berpandangan bahawa haji mabrur
adalah haji yang tidak dicemari dosa.
Pandangan ini dipilih dan dikuatkan oleh
Imam an-Nawawi RHM. Imam Ahmad dan al-Hakim
meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa
sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW:


Apakah haji yang mabrur itu?


Baginda SAW menjawab:

Memberi makan dan menyebarkan salam.



Tetapi hadis ini dinilai lemah oleh beberapa ulama.
Seandainya dipandang sahih, pengertian haji mabrur
tidak memerlukan penjelasan lagi.




Imam al-Qurtubi mengemukakan bahawa
pandangan mengenai pengertian haji mabrur
saling berdekatan makna.
Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan,
haji mabrur adalah haji yang sempurna
hukum-hukumnya sehingga dibuat secara sempurna
seperti dituntut.



Sekiranya kesimpulan ini diterima,
maka hendaklah diingat bahawa di sebalik hukum itu,
ada makna yang mendalam yang perlu dihayati
seseorang yang melaksanakan haji.
Seperti ditulis Prof Abdul Halim Mahmud,
seorang ulama besar al-Azhar yang berkata:


Haji adalah himpunan
daripada simbol kerohanian
yang sangat indah. '
Ia dapat membawa seorang Muslim
(bila mana dilaksanakan dalam bentuk dan cara
yang sebenar-benarnya) akan masuk dalam lingkungan Ilahi
(ketuhanan). Ketika itu sudah tentu
seluruh aktivitinya tepat seperti dikehendaki Allah
sehingga hajinya mabrur, iaitu benar,
diterima dan dia akhirnya akan memperoleh
syurga.




Sebenarnya, untuk memperoleh haji mabrur
bukanlah dengan mengulang-ulang tetapi
dengan menunaikannya dengan penuh keikhlasan,
menggunakan harta yang halal,
menunaikan rukun, syarat dan kewajipan haji,
menunaikan semua sunnah dan berdoa
agar hajinya diterima.
Yang paling penting,
selepas menunaikan ibadat haji,
berlaku perubahan positif
ke arah kebaikan dan ketakwaan.
Demikianlah, wallahualam.




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ikhlassyaratcapaihajimabrur/Article


http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h33_21213123.jpg

http://inapcache.boston.com/universal/site_graphics/blogs/bigpicture/hajj_11_27/h02_21201537.jpg

1 ulasan:

Ros berkata...

Salam,
buat lah sesuatu perkara itu dengan kerana allah bukan kerana benda lain selain darinya,insyaallah kita akan perolehi haji mabrur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...