Diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w pernah menceritakan
betapa asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt
telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka
untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.
Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut
daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : Wahai Zabaniah,
aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : Sebesar kurma.
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma
api neraka itu engkau bawa
nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi
akibat kepanasaNnya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar
separuh dari buah kurma.
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini
engkau letakkan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan
dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan
akan tumbuh di bumi nanti..........
Memandangkan keadaan yang rumit ini
maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan
saiz yang perlu dihantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril
mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka
untuk dibawa ke dunia.
Maka Jibril as pun mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan
yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu
terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali
ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.
= 70 x 70
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu
turun ke dunia dan diletakkan di atas
sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan
tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril
mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini
seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbagai keperluan dan juga api yang terdapat
di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN :
Bayangkanlah.......
kepanasan api neraka yang
sebesar zarah yang terpaksa
disejukkan dalam 70 buah sungai
dengan sebanyak 70 celup setiap sungai
dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan
akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka
itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku
ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,
tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat),
dia baik dalam beribadah kepada Tuhan
dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi
dan terdekat padaku di hari kiamat ialah
yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci
dan terjauh daripadaku pada hari kiamat
ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan
berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah
selagi belum terbit matahari dari arah barat,
maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
"Ingatlah kepada Allah
dalam masa senangmu, nescaya ....
Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
1 ulasan:
masyaallah....api diatas dunia ni hanya sisa2 dr api neraka.....tdk dpt digmbarkan api neraka yg sebenarnya....entry yg luar biasa baik....
mohon share bleh??
Catat Ulasan