Solah adalah tiang agama
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma
katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Islam dibina atas lima (rukun).
Bersaksi bahawasanya
tiada Tuhan selain Allah SWT
dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan berpuasa
pada bulan Ramadhan."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan
Kelima-lima perkara diatas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi SAW mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang.
Tiang tengah ialah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.
Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong.
Setelah mengetahui sabdaan Nabi SAW yang tersebut, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna?
Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.
Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud RA berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW,
"Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT?"
Baginda menjawab
"Solah".
Saya bertanya lagi,
"Selepas solah apa pula?".
Jawab Baginda SAW
"Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa".
Saya bertanya lagi, "Selepas itu apa pula?".
Rasulullah SAW bersabda, "Jihad".
Mulla 'Ali Qari rah. berkata bahawa hadith ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadith sahih yang berbunyi "Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT adalah solah".
Tentang solah yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadith sahih.
Antara hadith tersebut ada yang terkandung dalam kitab 'Jamiu' Saghir' seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu 'Amr r.anhuma, Hazrat Salamah, Hazrat Thauban, Hazrat Abu Umamah dan Hazrat 'Ubadah RA. Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Mas'ud RA dan Hazrat Anas RA bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solat tepat pada waktu solah.
Diriwayatkan juga daripada Hazrat Ibnu 'Umar r.anhuma dan Hazrat Ummi Fardah r.anha bahawa amalan yang paling baik ialah solah pada awal waktu.
2 ulasan:
salam...thanks sudi singgah LK..
Bukan senang nak terapkan pd anak2 untuk tidak tinggalkan solat...cabaran utk ibubapa dan guru..
Solat ini mudah tapi payah. itu pasal lah ramai yg dah abaikan nya..Semoga anak2 kita tidak begitu.
Catat Ulasan