:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Rabu, 8 Jun 2011

Kisah Perompak Jalanan



Kisah bulan Rejab......


Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Apabila lelaki tersebut meningggal dunia anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya.


Allah telah berfirman

kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata,

"Ya Habibi ya Muhammad!
Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W,
hari ini seorang daripada wali Ku
telah meninggal dunia.
Kamu mesti pergi dan memandikannya,
mengkafankannya, menyembahyangkkanya
serta mengkebumikannya."



Dengan serta merta, Nabi S.A.W
memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata,

"Wahai Abu Bakar,
kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut.



Abu Bakar berkata,

"Ya Rasulullah,
kamu pernah berkata yang kamu tidak akan
mengkebumikan lelaki tersebut
di tanah perkuburan orang Islam,
dia bukan seorang muslim!"



Nabi S.A.W berkata,

"Tidak, tinggalkan persoalan Muslim.
Allah memberitahuku hari ini
yang lelaki tersebut adalah seorang wali!"



Nabi S.A.W pergi dengan sahabat-sahabatnya.
Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya,
mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya
membawa jenazah untuk dikebumikan.



Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya
pergi bertanyakan apa yang telah dilakukannya
semasa hayatnya:


"Wahai anakku,
sila ceritakan kepadaku
bagaimanakah kehidupan ayahmu."




Anak perempuan lelaki tersebut berkata,


"Wahai Rasulullah,
aku begitu malu dengan apa yang akan
aku ceritakan kepada kamu.
Ayahku seorang perompak, seorang pembunuh.
Aku tidak pernah melihat dia
melakukan sebarang kebaikan.
Dia akan merompak dan mencuri
siang dan malam kecuali satu bulan.
Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab
-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian
dan membaca doa siang dan malam,
menangis dan membaca,
kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri.
Apabila bulan Rejab berakhir,
dia akan bangun dan berkata,
bulan Allah telah tamat,
sekarang untuk menggembirakanku
aku akan kembali merompak dan mencuri
untuk 11 bulan yang akan datang.




Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W.,


"Wahai Nabi yang Kucintai,
orang itu telah datang dan
memohon keampunan dari Ku
di dalam bulan yang sangat berharga.
Oleh sebab itu,
kerana dia berkorban sekurang-kurangnya
satu bulan dalam setahun untuk Ku,
Aku ampunkan semua kesalahannya,
dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran.
Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa,
sekarang dia mempunyai banyak ganjaran,
dan dia kini menjadi wali besar."



Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang
yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya
menjadi wali.





Inilah doanya…










Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Aku memohon ampun kepada Allah,
Yang Maha Agung,
yang tiada Tuhan melainkan Dia,
yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri.
Aku bertaubat kepada-Nya
dari semua perbuatan durhaka dan dosa.
Aku bertaubat kepada-Nya
dari semua ucapan, perbuatan, pendengaran,
penglihatan, dan fikiran yang dibenci Allah.




Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon ampun
atas dosa yang telah aku kerjakan
di masa lalu maupun yang mungkin
akan aku kerjakan di masa yang akan datang,
dosa yang disebabkan
kerana aku melanggar batas-batas ajaran agama,
dosa yang aku sembunyikan atau
yang aku tampakkan,
serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya
daripada aku sendiri.
Engkau Yang Maha Mendahulukan
lagi Maha Mengakhirkan,
dan Engkau Maha Kuasa
atas segala sesuatu.




Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon ampunan
atas setiap dosa yang aku lakukan
kembali setelah aku bertaubat kepada-Mu.
Aku memohon ampun atas suatu amalan
yang aku maksudkan untuk-Mu,
Yang Maha Mulia,
tetapi aku telah mencampurkan amalan tersebut
dengan sesuatu yang tidak Engkau redhai.
Aku memohon ampun atas janjiku kepada-Mu
yang kemudian aku khianati.
Aku mohon ampun atas perbuatan
yang mengikuti hawa nafsu
yang sebelumnya aku kira merupakan
keringanan dari-Mu,
padahal terlarang menurut-Mu.



Aku memohon ampun kerana
kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan
kepadaku telah aku manfaatkan
untuk kedurhakaan.
Aku memohon ampun atas segala dosaku
yang tidak ada yang dapat menghapuskannya
selain Engkau dan tidak ada yang mengetahuinya selain Engkau.
Tidak ada sesuatu pun yang akan mampu
menghapuskan dosaku kecuali
dengan rahmat dan kemurahan-Mu.
Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat
menyelamatkanku dari dosa
kecuali dengan ampunan-Mu.




Aku memohon ampun kepada-Mu
untuk setiap pelanggaran sumpah
yang telah aku ucapkan,
padahal aku telah terikat
dengan sumpah itu di sisi-Mu.
Aku memohon ampun kepada-Mu,
wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau.
Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku termasuk ke dalam
golongan orang-orang yang zalim.



Aku memohon ampun kepada-Mu,
wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau,
Yang Maha Mengetahui yang ghaib
maupun yang tampak dari setiap kejahatan
yang aku perbuat di terangnya siang
maupun gelapnya malam,
kejahatan di saat makhluk-Mu
penuh dengan kesibukan maupun senggang,
yang tersembunyi maupun terang-terangan,
dan Engkau melihatku ketika aku melakukannya.




Engkau Maha Melihat
kesalahan dan kedurhakaan
yang pernah aku lakukan,
baik kerana kesengajaan,
kesalahan, maupun lupa.




Wahai Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia.
Aku memohon ampun,
Wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau,
Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan
orang-orang yang zalim.
Wahai Tuhan,
ampunilah aku, kasihilah aku dan terimalah taubatku,
kerana Engkaulah Yang Maha Penyayang
diantara para penyayang.
Ya Allah,
aku memohon ampun untuk setiap kali aku
meninggalkan kewajiban yang telah Engkau
wajibkan kepadaku untuk mengamalkannya
sepanjang malam dan siang kerana sengaja,
salah, lupa, atau lalai, padahal aku
akan dimintai pertanggungjawaban
terhadap kewajiban tersebut.
Aku memohon ampun
kerana berulang kali meninggalkan
sebahagian atau seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW
—junjungan para Rasul dan penutup para nabi--
kerana lalai, malas, bodoh, atau lengah,
sedikit maupun banyak.





Dan aku memohon ampun kepada-Mu,
wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau,
Tuhan semesta alam.
Kepunyaan-Mu segala kerajaan,
milik-Mu segala pujian,
dan bagi-Mu ucapan syukur.
Cukuplah Engkau bagi kami,
yang menjadi sebaik-baik Pemelihara,
Pelindung dan Penolong bagi kami.
Tidak ada kemampuan dan kekuatan
melainkan yang berasal dari Allah,
Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.





Semoga Allah melimpahkan selawat dan kesejahteraan
sebanyak-banyaknya kepada junjungan kami,
Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Segala puji hanya milik Allah,
Tuhan semesta alam.












Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...