:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 27 Jun 2011

Diperlihat 10 seksaan wanita


Diperlihat 10 seksaan wanita



KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.



Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.




Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.



Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.




Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.




Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi.


Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati.


Jibril menjawab:


''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.''


Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.


Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.




Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata:

"Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.




Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa.


Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata:


"Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar."


Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan


''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''.


Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.


Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.




Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.



Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.



Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.


Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.


Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.


Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.


Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.






myMetro

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...