:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 25 Jun 2011

Dari Titik Peluh Sendiri









Dari Titik Peluh Sendiri


Hadith :

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”


(al-Bukhari)





Huraian


Orang yang berjaya ialah
orang yang mampu menempuh
berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup.


Walau daripada mana
ceruk asal seseorang itu,
sekiranya dia rajin berusaha maka
kejayaan akan menjadi miliknya.


Bukankah rezeki
Allah S.W.T
ada di mana-mana.
Cuma yang bakal menentukan
hanyalah
‘mahu’ atau ‘tidak’
kerana kemalasan akan
menjunamkan seseorang itu
ke lembah kehinaan.


Begitu juga dengan sikap malu
hendaknya biarlah bertempat.
Kata orang malu bertanya sesat jalan,
malu makan perut lapar
dan malu dalam mencari rezeki alamat
hidup akan melarat.


Sesungguhnya Islam
memandang mulia
pada manusia yang bekerja
membanting tulang empat kerat
untuk mencari sesuap nasi atau rezeki
yang halal berbanding dengan mereka
yang hidup meminta-minta
daripada orang lain.




1 ulasan:

IMANSHAH berkata...

Semoga kejaayaan dari usahamu itu akan lebih bermakna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...