Kumpulan Kebaikan |
Hadith : |
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” (Muslim) |
Huraian
Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad
yang setiap anggota akan merasai
apa yang dirasai oleh orang lain
malah mereka juga
bersama-sama berkongsi kegembiraan.
Maka antara yang menjadi kewajipan penting
seorang Muslim ialah agar segera melepaskan
kesempitan yang dialami oleh saudaranya.
Dengan cara ini
masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong
dapat diwujudkan.
Sebaliknya mencari-cari keburukan orang lain
dan menyebarkannya pula adalah satu tanda
kemunafikan kerana disebabkan perkara tersebut
sesuatu kejahatan yang dilakukan itu
boleh menjadi pemangkin kepada orang
yang sepertinya agar lebih agresif dan liar
dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat
menjadi rosak.
Sesungguhnya
balasan Allah SWT
kepada makhluk-Nya
adalah dalam bentuk
yang menyerupai amalan
yang dilakukan itu.
1 ulasan:
Salam Cikgu Roha
Sesungguhnya maha adil Allah itu dari segi pembalasan-Nya. Malah, maha pemurah pula Dia dari segi nisbah balasan-Nya.Subhanallah, alhmadulillah, Allahu Akbar!
Semoga Cikgu sihat & ceria selalu.
Catat Ulasan