Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir |
Hadith : |
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” (Muslim) |
Huraian
Usaha merupakan asas
kepada pembentukan dan kemajuan
hidup manusia walau apa pun
agama dan bangsa yang dianuti.
Dalam kehidupan di dunia ini
manusia dikehendaki berusaha
untuk mendapatkan sesuatu hajat
termasuklah mendapatkan rezeki.
Oleh itu di atas nama keadilan,
Allah S.W.T Yang Maha Adil
akan mengganjari sesiapa sahaja
yang berusaha bersungguh-sungguh
tidak kira sama ada dia
seorang mukmin atau kafir.
Ini merupakan suatu bentuk motivasi
agar manusia itu tidak merasa kecewa
dalam meneruskan kehidupan mereka.
Namun begitu,
di samping memberikan balasan di dunia,
orang-orang mukmin juga diberikan pahala
yang akan menolongnya di akhirat kelak
iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah
dilakukannya ketika di dunia.
kepada pembentukan dan kemajuan
hidup manusia walau apa pun
agama dan bangsa yang dianuti.
Dalam kehidupan di dunia ini
manusia dikehendaki berusaha
untuk mendapatkan sesuatu hajat
termasuklah mendapatkan rezeki.
Oleh itu di atas nama keadilan,
Allah S.W.T Yang Maha Adil
akan mengganjari sesiapa sahaja
yang berusaha bersungguh-sungguh
tidak kira sama ada dia
seorang mukmin atau kafir.
Ini merupakan suatu bentuk motivasi
agar manusia itu tidak merasa kecewa
dalam meneruskan kehidupan mereka.
Namun begitu,
di samping memberikan balasan di dunia,
orang-orang mukmin juga diberikan pahala
yang akan menolongnya di akhirat kelak
iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah
dilakukannya ketika di dunia.
1 ulasan:
syukur kerana di kurniakan iman dan islam...
Catat Ulasan