Bersabar Dalam Berdoa |
Hadith : |
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: ”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: ”Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: ”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: ”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim) |
Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ?
Mungkin ada antara kita yang telah berdoa
sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.
Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa
kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah
yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu
apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah
mempunyai ketentuan lain yang tidak kita
ketahui.
Mungkin juga doa kita
bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya
atau diganti dengan yang lebih baik.
Nabi Zakaria a.s
adalah contoh manusia
yang sangat kuat nilai kesabarannya.
Baginda telah puluhan tahun berdoa
agar dikurniakan zuriat
namun belum dikabulkan Allah.
Antara isi doa baginda ialah:
“Ya Tuhanku,
sesungguhnya tulangku
telah lemah dan kepalaku
telah ditumbuhi uban,
dan aku belum pernah kecewa
dalam berdoa kepada Engkau,
ya Tuhanku.
(Maryam:4)
Sehingga pada akhirnya
Allah SWT memakbulkan
permintaan baginda dengan
mengurniakan seorang anak lelaki
bernama Yahya.
Begitulah sikap yang seharusnya
kita contohi iaitu
jangan sekali-kali kecewa
dalam berdoa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan