11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.
Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan
kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian
yang duduk menunggu solat,
selama ia berada dalam keadaan suci,
kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat ke atas (orang) yang
berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat
selalu berselawat kepada orang yang
menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’
ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…
(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai),
ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’
kerana sesiapa yang ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat,
dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya
selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat
kepada satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat,
di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar
secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat
solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari
(yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari
tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi
pada waktu solat Asar dan malaikat
yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar)
naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas
pada malam hari tetap tinggal
lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab:
‘Kami datang sedangkan mereka sedang
melakukan solat dan kami tinggalkan mereka
sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya
tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya
yang dilakukan tanpa pengetahuan orang
yang didoakannya adalah doa
yang akan dikabulkan.
Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya,
setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan,
malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya
seorang hamba ada padanya kecuali
dua malaikat turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata:
‘Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang
yang berinfak…’ ”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya
berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk
(melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin
menjenguk saudaranya kecuali Allah
akan mengutus 70,000 malaikat untuknya
yang akan berselawat kepadanya
di waktu siang hingga petang
dan
di waktu malam hingga Subuh.”
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Wallahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan