Kesan istighfar |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud |
Huraian
1. Islam menggalakkan kita agar
memperbanyakkan beristighfar,
selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa
kita tidak terlepas daripada dosa.
Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar
lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda
merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara
daripada dosa besar dan kecil.
2. Orang yang sentiasa
beristighfar kepada Allah
akan merasakan dirinya
sentiasa dekat kepadanya-Nya.
Bahkan akan timbul perasaan tenang
dan dapat mengecapi hidup
dengan penuh rasa yakin serta bebas
daripada perasaan putus asa atau lemah.
3. Dosa itu adalah
penyakit dan ubatnya adalah istighfar.
Oleh itu bagi mengelakkan hati
daripada lalai seseorang itu hendaklah
sentiasa membanyakkan istighfar.
Ini kerana kita tidak mengetahui
bilakah masanya
keampunan daripada Allah itu
akan berlaku.
1 ulasan:
salam roha..terima kasih..akak akan simpan apa yang roha paparkan..terima kasih sekali lagi
Catat Ulasan