Hadith :
Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:
”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari
berada di dalam sebuah peperangan
sedangkan anak jari baginda
sudah berdarah.
Maka berkatalah Rasulullah SAW :
”Engkau hai anak jari tiada lain
melainkan anak jari yang telah berdarah
dan di jalan Allah
apa yang telah engkau deritai.”
(Bukhari dan Muslim)
Huraian:
Nabi pernah menyatakan bahawatekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah.
Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.
Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya.
Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan