:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 16 Disember 2010

Amalan Setelah Bangun Dari Tidur








Amalan Setelah Bangun Dari Tidur


Hadith :



Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:

”Apabila kamu bangun dari tidurmu,
hendaklah kamu istintsar
(membersihkan lubang hidungmu)
tiga kali kerana
syaitan tidur di dalamnya.”


(Muslim)



Huraian




Sebagaimana maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan di sepanjang hari.


Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya’ dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu.


Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT.





1 ulasan:

Acik Erna berkata...

salam roha dan terima kasih
..terima kasih kongsi ilmu..teruskan usaha roha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...