:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 15 November 2010

Wukuf di Arafah.


Wukuf Di Arafah:  ... wukuf di arafah hari ini

Wukuf Di Arafah: wukuf


Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya:

Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru

menyerukan :

"Haji itu ialah "Arafah".

Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh,

sebelum terbit fajar,

bererti dia telah mendapatkan Arafah"

(Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)


Wukuf Di Arafah: 031220936130 5905110 n

WAKTU WUKUF


Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.



Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.



Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:



Rasulullah s.a.w bersabda

"Barangsiapa dapat berada di Arafah

sebelum terbit fajar

(pada hari yang kesepuluh Zulhijjah

maka dapatlah haji itu"


Wukuf Di Arafah:  ... _wukuf_di_padang_arafah.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...