:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 6 November 2010

Kalau kamu berbuat baik........









Kalau kamu berbuat baik........



بسم الله الرحمن الرحيم



Kebiasaannya ketika salah seorang
dari sahabatnya meninggal dunia Rasulullah s.a.w.
akan menghantar jenazahnya sampai ke kuburan.
Dan pada saat hendak pulang
diambilnya kesempatan pula untuk singgah
menghibur dan menenangkan keluarga allahyarham
supaya tetap bersabar dan tawakal
menerima musibah itu.



Ketika di rumah sahabatnya
yang baru sahaja dikebumikan,
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada isterinya,

"Tidakkah allahyarham
mengucapkan wasiat sebelum dia wafat?"



Isterinya menjawab,
"Saya mendengar dia mengatakan sesuatu
di antara dengkur nafasnya
yang tersekat-sekat menjelang ajal"



"Apa yang di katakannya?"



"Saya tidak tahu, ya Rasulullah,
apakah ucapannya itu sekadar
rintihan sebelum ajal,
ataukah pekikan pedih
kerana dasyatnya syakaratul maut.
Cuma,
ucapannya memang sukar
untuk difahami lantaran merupakan
kalimat yang terputus-putus."



"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah.



Isteri yang setia itu menjawab,


"Suami saya mengatakan,
"Andaikata lebih panjang lagi....
andaikata yang masih baru....
andaikata semuanya...."
Hanya itulah yang terdengar
sehingga kami bingung dibuatnya.
Apakah perkataan-perkataan itu
igauan dalam keadaan tidak sedar,
ataukah
pesan-pesan yang tidak selesai?"




Rasulullah s.a.w. tersenyum.


"Sungguh yang diucapkan suamimu itu
tidak mengelirukan," ujarnya.



Kisahnya begini.

Pada suatu hari
dia sedang bergegas akan ke masjid
untuk melaksanakan solat Jumaat.
Di tengah jalan dia berjumpa
dengan orang buta yang bertujuan sama.
Si buta itu terkapai-kapai
kerana tidak ada yang menuntun.
Maka suamimu
yang membimbingnya
hingga tiba di masjid.
Tatkala hendak
menghembuskan nafas penghabisan,
dia menyaksikan
pahala amal solehnya itu,
lalu dia pun berkata,


"Andaikan lebih panjang lagi".
Maksudnya,
andaikata jalan ke masjid itu
lebih panjang lagi,
pasti pahalanya lebih besar pula.



"Ucapan lainnya ya Rasulullah?"
tanya si isteri mula tertarik.



Nabi menjawab,
"Adapun ucapannya yang kedua
dikatakannya tatkala,
dia melihat hasil perbuatannya yang lain.
Sebab pada hari berikutnya,
waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi,
sedangkan cuaca dingin sekali,
di tepi jalan dia melihat
seorang lelaki tua
yang tengah duduk menggigil,
hampir mati kedinginan.
Kebetulan suamimu
membawa jubah baru,
selain yang dipakainya.
Maka ia membuka jubahnya
yang lama yang dipakainya,
diberikannya kepada lelaki tersebut.
Dan mengenakan jubahnya yang baru.
Menjelang saat-saat terakhirnya,
suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu
sehingga ia pun menyesal dan berkata,


"Andaikata yang masih baru
kuberikan kepadanya dan
bukan jubahku yang lama,
pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".
Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.



Kemudian, ucapannya yang ketiga,
apa maksudnya, ya Rasulullah?"
tanya si isteri lagi.



Dengan sabar Nabi menjelaskan,

"Ingatkah kamu pada suatu ketika
suamimu balik ke rumah
dalam keadaan sangat lapar
dan meminta disediakan makanan?
Engkau menghidangkannya
sepotong roti yang telah
dicampur dengan daging.
Namun,
tatkala hendak dimakannya,
tiba-tiba seorang musafir
mengetuk pintu dan meminta makanan.
Suamimu lantas membahagi rotinya
menjadi dua potong,
yang sebelah diberikan
kepada musafir itu.
Dengan demikian,
pada waktu suamimu nazak,
ia menyaksikan betapa besarnya pahala
dari amalannya itu.
Kerananya, ia pun menyesal dan berkata,

"Kalau aku tahu begini hasilnya,
musafir itu tidak hanya kuberi separuh.
Sebab andaikata semuanya
kuberikan kepadanya,
sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda.



Memang begitulah keadilan Tuhan.
Pada hakikatnya,
apabila kita berbuat baik,
sebenarnya kita juga yang beruntung,
bukan orang lain.



Lantaran segala tindak-tanduk kita
tidak lepas dari penilaian Allah Taala.
Demikianlah juga jika kita berbuat buruk.
Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.
Kerana itu Allah SWT mengingatkan,


"Kalau kamu berbuat baik,
sebenarnya kamu berbuat baik untuk dirimu.
Dan jika kamu berbuat buruk,
bererti kamu telah berbuat buruk
atas dirimu pula."
(QS Surah Al-Isra' : 7)




Sumber : http://insaaniyyah.blogspot.com/
(Blog sahabat)



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...