Ramadhan
Dibuka
Pintu Syurga
dan
Ditutup
Pintu Neraka
Abu Hurairah r.a.
berkata,
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Apabila
masuk bulan Ramadhan
terbukalah pintu-pintu syurga
dan terkuncilah segala
pintu neraka manakala
sekelian syaitan dirantai
dan
dibuka segala
pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)
(Bukhari & Muslim)
Huraian :
1. Kelebihan bulan Ramadhan
1. Kelebihan bulan Ramadhan
ialah meluasnya rahmat dan
kasih sayang Allah SWT
dan
pada masa yang sama
Allah SWT menutup pintu neraka
dan merantai segala
syaitan
yang berkeliaran.
2. Umat Islam yang berpuasa
pada bulan Ramadhan serta
mengamalkan segala yang
diperintah dan meninggalkan segala
yang ditegah serta tidak berpuasa
melainkan
kerana iman dan
tidak kerana riya' (agar dilihat orang),
sum'ah (agar didengar
orang),
ikut-ikutan, maka baginya
keuntungan dan pahala yang
berlipat ganda
banyaknya bahkan
syaitan sedikitpun tidak diberi
kesempatan untuk menggoda
atau
menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa
tetapi masih bergelumang dengan
dosa bermakna
bahawa puasanya
sama sekali tidak bermanfaat baginya.
Yang diperolehinya
hanyalah lapar
dan dahaga dan Allah SWT
tidak akan menerima amalannya.
Sumber: Jakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan