:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 14 Januari 2014

Tunjukkan bukti cinta Rasulullah SAW

Wishes of Milad un nabi-Click to get more
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6P1gR43zKTTQ1u-Wd_sr2akTGrlxweDLdZ13BIhI46oZyDpLN-o_DmWBbwX5iHkZ-oLjFfRufDcYgKUBZylw5R7HAa8p2OaXm81Ef-deeY_2sW3oHYoiufjj6TNgNLYb5drEco4fljuo_/s1600/3+jenis.jpg 
 http://fc01.deviantart.net/fs71/i/2012/168/8/b/selawat_to_our_prophet_muhammad_saw_by_19izzati-d53tdjj.jpghttp://s2.smsnshayari.com/barawafat/blue-muslim-milad-ul-nabi--card.gif






http://fc01.deviantart.net/fs71/i/2012/168/8/b/selawat_to_our_prophet_muhammad_saw_by_19izzati-d53tdjj.jpg





Tunjukkan bukti cinta Rasulullah

 

 

 



Masyarakat Islam patut perteguhkan ukhuwah, semai akhlak mulia








Sesungguhnya ulama sepakat antara cara untuk menanam dan mendidik hati mencintai Rasulullah SAW adalah dengan menghormati hari serta bulan kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul dan Israk Mikraj.

Imam Abu Syamah, iaitu guru kepada Imam Nawawi memberitahu, 
“Termasuk perkara yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (beliau merujuk kepada sambutan Maulidur Rasul) dengan memberikan sedekah dan berbuat amal kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia. Sesungguhnya, semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan penghormatan kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga suatu tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam semesta.” 







Firman Allah SWT yang bermaksud:







“Dan apa juga suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).”




(Surah al-Hasyr, ayat 7)







Kita membuat pengakuan mencintai Rasulullah SAW dengan menghadiri majlis Maulidur Rasul juga bukti kecintaan itu. Namun, biarlah kehadiran kita dengan azam menjadikan Baginda sebagai contoh teladan terbaik yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian.








Perteguhkan ukhuwah








Justeru, persoalan yang memerlukan jawapan kita, adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah SAW kerana Baginda berpesan supaya sentiasa memperteguhkan ukhuwah sesama ummah, malangnya kita asyik bertelagah dan berbalah.









Baginda meminta kita sentiasa berakhlak baik, namun akhlak tercela yang kita sarungkan. Buruk sangka, berdendam kesumat, bertegang urat mengagungkan pendapat sendiri, hidup berpuak-puak dan seribu satu macam kerenah buruk yang telah serta sedang kita lakukan. 








Bagaimana mungkin kita mencintai Rasulullah SAW jika pada masa sama kita melakukan perkara yang dibenci Baginda. Tanda cinta patut sejajar dengan setiap tindak- tanduk dalam usaha kita menggembirakan hati orang yang dicintai.









Tidak perlu pergi jauh atau mengambil contoh yang berat-berat, cukup sekadar melihat di sekeliling kita saja. Baginda SAW mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.








Apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana kita suka membuang sampah merata-rata, membaling tisu dari tingkap kereta di jalan raya sedangkan tisu kotor itu boleh disimpan sementara tiba di destinasi dan membuangnya dalam tong sampah yang disediakan.








Marilah secara jujur bertanya pada diri, apakah anjuran Baginda yang lain sudah kita penuhi. Kini, tahap kesedaran untuk menjaga kesihatan semakin meningkat, namun jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung turut meningkat.









Ini membuktikan nasihat Rasulullah SAW yang sangat sayangkan umatnya tidak diendahkan. Petua supaya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, jauh tersasar daripada budaya masyarakat hari ini yang makan 24 jam kerana adanya restoran beroperasi sepanjang hari.









Rasulullah SAW bersabda:







 “Kami adalah satu kaum yang
 tidak makan sebelum lapar dan
 apabila kami makan 
tidak terlalu banyak
 (tidak sampai kekenyangan).” 


(Riwayat Bukhari dan Muslim)








Krisis keluarga











Sebenarnya, banyak yang berlaku hari ini menunjukkan masyarakat sudah jauh menyimpang daripada mencurahkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW seperti yang dikatakan. Baginda sentiasa berlemah-lembut kepada keluarganya, tetapi masyarakat kita berdepan pelbagai krisis sehingga menjejaskan institusi keluarga.









Sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul yang menjadi manifestasi kasih sayang umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah menghayati sirah Baginda yang penuh dengan panduan untuk membina kesejahteraan hidup di dunia serta akhirat.







Baginda SAW diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam, maka alangkah ruginya jika rahmat yang sudah ada di depan mata tidak direbut sebaiknya. Andainya selama ini kita kehilangan arah, kembalilah kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.









Firman Allah SWT yang bermaksud:




 “Dan apa juga suruhan yang dibawa 
oleh Rasulullah kepada kamu,
 maka ambillah akan dia serta amalkan, 
dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya 
maka patuhilah larangannya. 
Bertakwalah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah amat berat azab-Nya
 (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).”



 (Surah al-Hasyr, ayat 7) 





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...