Keutamaan ikhlas Allah melihat kepada hati
DALAM menjalani kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan dugaan,
sifat ikhlas sangat penting dipraktikkan. Sifat ikhlas mestilah datang
dari hati dan jiwa yang mementingkan kualiti kehidupan yang ditempuh.
Sifat ikhlas juga ada kaitannya dengan harga diri, bertanggungjawab,
amanah, toleransi, kerajinan dan kasih sayang. Perkaitan sifat dan
nilai murni ini sangat rapat dalam melaksanakan ibadah dan amanah yang
dipertanggungjawabkan.
Sebagai contoh, ikhlas dan kasih sayang terhadap anak dan keluarga,
ikhlas terhadap anggota keluarga yang terdekat, mengekalkan tradisi
kekeluargaan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Di samping itu, sifat ikhlas juga dapat dipraktikkan dalam
menyayangi dan menghargai alam sekitar, peka terhadap isu-isu alam
sekitar, ikhlas cintakan negara, sanggup berkorban demi negara. Begitu
juga dalam kehidupan, seperti ikhlas dalam melindungi hak kanak-kanak,
menghormati hak wanita, menghormati hak golongan kurang upaya dan
bekerjasama dalam masyarakat.
Nabi SAW menjelaskan dalam sabdanya:
" Agama ialah keikhlasan
(kesetiaan).
Kami lalu bertanya,
Kesetiaan kepada siapa, ya
Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab,
Kepada Allah,
kepada kitab-Nya
(al-Quran),
kepada rasul-Nya,
kepada penguasa Muslimin dan
kepada rakyat
awam. "
(riwayat Muslim)
Perasaan jujur
Akal fikiran akan memastikan sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas dan
jujur. Perasaan jujur dan ikhlas yang terbit dari hati menjurus kepada
akal fikiran mengajak melakukan apa yang dianggap baik dan menolak
mengerjakan apa yang dianggap buruk iaitu berdusta dan melakukan
penyelewengan.
Dalam hal ini Nabi SAW bersabda:
" Barang siapa memberi kerana
Allah,
menolak kerana Allah,
mencintai kerana Allah,
membenci kerana
Allah dan
berkahwin kerana Allah,
maka sempurnalah imannya."
(riwayat
Abu Daud)
Justeru, apa yang dilakukan untuk mendapat keikhlasan hati mestilah
dilakukan kerana Allah SWT. Akhirnya, pastilah keikhlasan itu akan
mendapat balasan pahala di sisi Allah SWT di akhirat nanti.
Ini
dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bersabda:
" Barang siapa
membangun
sebuah masjid kerana mencari keredaan Allah,
maka Allah
membangunkan baginya
sebuah rumah di syurga. "
(riwayat Muttafaq Alaihi)
Manakala dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda:
" Barang
siapa memperbaiki
hubungannya dengan Allah, maka Allah
akan
menyempurnakan hubungannya
dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa
yang dirahsiakannya, maka Allah akan
memperbaiki apa yang dilahirkannya
(terang-terangan). ":
(riwayat al-Hakim)
Berkaitan dengan melakukan sesuatu dengan rahsia.
Nabi SAW bersabda:
" Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah,
Ya Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan)
Ya Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan)
dengan rahsia dan apabila diketahui
orang,
dia juga menyukainya (merasa senang).
Rasulullah SAW berkata,
Baginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya
Baginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya
dan pahala
terang-terangan. "
(riwayat At Tirmizi).
Oleh itu, kita digalakkan merahsiakan apa yang kita lakukan
khususnya berkaitan dengan amal kebaikan dan kebajikan seperti sedekah,
memberi hutang tanpa bunga kepada orang lain dan membantu seseorang
dalam kesusahan.
Sifat ikhlas juga sebagai buah daripada akidah. Ia adalah amal
daripada hati dan berada di hadapan daripada amal-amal hati. Sebab
diterimanya berbagai-bagai amal adalah apabila seseorang itu
melakukannya dengan ikhlas.
Lantaran itu, ikhlas adalah menghendaki keredaan Allah SWT dengan
satu amal yang dilakukan, membersihkan daripada segala noda yang
dilakukan oleh individu di dunia untuk mendapat reda Allah SWT. Ini
adalah disebabkan asas amal yang ikhlas adalah memurnikan niat kepada
Allah semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan