Ini
adalah kisah Nabi Allah Musa as bertemu dengan Nabi Allah Khidir as yang telah
diceritakan oleh Nabi saw didalam Riwayat Imam Al-Bukhari. Dan Allah swt juga
ada menyebutnya di dalam Surah Al Kahfi ayat 60-82.
Dalam
kisah ini, terlalu banyak pengajaran yang boleh dan perlu kita ambil terutama
sekali bagi seorang penuntut ilmu.
Allah swt menyebut didalam al-quran:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا
أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا
(٦٠)فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ
سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا (٦١)فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا
غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا (٦٢)قَالَ أَرَأَيْتَ
إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ
إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا
(٦٣)قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا
(٦٤)فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا
وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (٦٥)قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ
عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (٦٦)قَالَ إِنَّكَ لَنْ
تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٦٧)وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ
خُبْرًا (٦٨)قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ
أَمْرًا (٦٩)قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى
أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (٧٠)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي
السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ
شَيْئًا إِمْرًا (٧١)قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
(٧٢)قَالَ لا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا
(٧٣)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ
نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا (٧٤)قَالَ
أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٧٥)قَالَ إِنْ
سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي
عُذْرًا (٧٦)فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا
أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ
يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا (٧٧)قَالَ
هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ
عَلَيْهِ صَبْرًا (٧٨)أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي
الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ
سَفِينَةٍ غَصْبًا (٧٩)وَأَمَّا الْغُلامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ
فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا (٨٠)فَأَرَدْنَا أَنْ
يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا (٨١)وَأَمَّا
الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ
كَنْزٌ لَهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا
أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ
عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا (٨٢)
60. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi
Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga
Aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau Aku berjalan terus
bertahun-tahun".
61. maka apabila mereka berdua sampai ke
tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan
itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, Yang merupakan lorong di bawah
tanah.
62. setelah mereka melampaui (tempat itu),
berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita
sebenarnya kita telah mengalami penat lelah Dalam perjalanan kita ini".
63. Temannya berkata: "Tahukah apa Yang
telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? sebenarnya Aku lupakan hal
ikan itu; dan tiadalah Yang menyebabkan Aku lupa daripada menyebutkan halnya
kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya
di laut, Dengan cara Yang menakjubkan".
64. Nabi Musa berkata: "Itulah Yang kita
kehendaki "; Merekapun balik semula ke situ, Dengan menurut jejak mereka.
65. lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba
Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan Kami telah
mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.
66. Nabi Musa berkata kepadanya: bolehkah Aku
mengikutmu, Dengan syarat Engkau mengajarku dari apa Yang telah diajarkan oleh
Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi petunjuk bagiku?"
67. ia menjawab: "Sesungguhnya Engkau
(Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
68. dan Bagaimana Engkau akan sabar terhadap
perkara Yang Engkau tidak mengetahuiNya secara meliputi?
69. Nabi Musa berkata: "Engkau akan
dapati aku, Insyaa Allah: orang Yang sabar; dan Aku tidak akan membantah
sebarang perintahmu".
70. ia menjawab: "Sekiranya Engkau
mengikutku, maka janganlah Engkau bertanya kepadaKu akan sesuatupun sehingga
Aku ceritakan halnya kepadamu".
71. lalu berjalanlah keduanya sehingga
apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata:
"Patutkah Engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan
penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya Engkau telah melakukan satu perkara Yang
besar".
72. ia menjawab: "Bukankah Aku telah
katakan, Bahawa Engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
73. Nabi Musa berkata: "Janganlah Engkau
marah akan daku disebabkan Aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah Engkau
memberati daku Dengan sebarang kesukaran Dalam urusanku (menuntut ilmu)".
74. kemudian keduanya berjalan lagi sehingga
apabila mereka bertemu Dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa
berkata "Patutkah Engkau membunuh satu jiwa Yang bersih, Yang tidak
berdosa membunuh orang? Sesungguhnya Engkau telah melakukan satu perbuatan Yang
mungkar!"
75. ia menjawab: "Bukankah, Aku telah
katakan kepadaMu, Bahawa Engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar
bersamaku?"
76. Nabi Musa berkata: "Jika Aku
bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah Engkau
jadikan daku sahabatmu lagi; Sesungguhnya Engkau telah cukup mendapat
alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan
bantahanku".
77. kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga
apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan
kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka.
kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok Yang hendak runtuh, lalu ia
membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika Engkau mahu, tentulah Engkau berhak
mengambil upah mengenainya!"
78. ia menjawab: "Inilah masanya
perpisahan antaraku denganmu, Aku akan terangkan kepadamu maksud
(kejadian-kejadian Yang dimusykilkan) Yang Engkau tidak dapat bersabar
mengenainya.
79. adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh
orang-orang miskin Yang bekerja di laut; oleh itu, Aku bocorkan Dengan tujuan
hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja Yang
merampas tiap-tiap sebuah perahu Yang tidak cacat.
80. adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya
adalah orang-orang Yang beriman, maka Kami bimbang Bahawa ia akan mendesak
mereka melakukan perbuatan Yang zalim dan kufur.
81. oleh itu, Kami ingin dan berharap, supaya
Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak Yang lebih baik daripadanya tentang
kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
82. adapun tembok itu pula, adalah ia
dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada
"Harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang
Yang soleh. maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat
mengeluarkan harta mereka Yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu
(kepada mereka). dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya menurut fikiranku
sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara Yang
Engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
Surah Al-Kahfi - Ayat 60-82
Imam Al-Bukhari menyebut:
Kami telah diberitahu oleh Ubai bin Ka’ab dari Nabi s.a.w
bahawa Musa telah bangun berucap kepada Bani Israil lalu ditanya: “Siapakah
manusia yang paling berilmu?
Musa menjawab: “Aku”.
Lalu Allah
mencelanya kerana tidak mengatakan Allah lebih mengetahui tentangnya serta
berfirman kepadanya: “Bahkan aku ada seorang hamba di tempat pertemuan dua laut
yang lebih berilmu darimu!”
Musa pun berkata: “Wahai Tuhanku bagaimanakah aku boleh
menemuinya?”
Allah berfirman: “Engkau bawalah seekor ikan di dalam
bakul, di mana ikan itu hilang, di situlah dia berada.”
Musa pun membawa
seekor ikan di dalam bakul dan berjalan bersama-sama budaknya Yusya’ bin Nun,
sehingga tiba ke sebuah batu besar dan menyandarkan kepala mereka kepadanya.
Musa telah tertidur dan ikan itu bergerak dan melompat keluar dari bakul dan
terjatuh ke dalam laut serta meluncur berenang.
Tetapi Allah
menahannya mengikuti arus air menyebabkannya terapung seperti pelampung.
Kedua-dua mereka kemudiannya meneruskan perjalanan sepanjang hari dan malam.
Pada keesokan hari, Nabi Musa meminta pembantunya mengeluarkan makanan kerana
mereka lapar setelah berjalan jauh. Tetapi pembantu itu menjawab:
“Ingatkah tuan ketika berada di batu besar? Ikan itu
melompat keluar dari bakul dan saya terlupa memberitahu tuan, dan tidak ada
yang melupakan saya melainkan syaitan. Ikan itu telah menuju ke laut dengan cara
yang aneh!”
Musa pun berkata:
“Itulah tempat yang kita cari.”
Lalu kedua-duanya
berpatah balik sambil bercerita, hinggalah sampai ke batu besar tadi. Tiba-tiba
di situ ada seorang lelaki yang berpakaian labuh. Nabi Musa memberi salam
kepadanya, dan lelaki itu menjawabnya dan berkata:
“Dari bumi mana
salam mu itu?”
Nabi Musa pun
menjawab: “Aku Musa.”
Lelaki itu bertanya: “Musa Bani Israil?”
Nabi Musa
menjawab: “Ya. Aku mengunjungimu agar engkau mengajar ilmu yang betul yang
telah diajarkan kepadamu.”
Lelaki itu
berkata: “Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari ilmu Allah yang
diajarkannya kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau mengetahui
dari ilmu Allah yang diajarkannya yang aku tidak mengetahuinya!”
Nabi Musa lalu bertanya:
“Bolehkah aku mengikutimu?”
Lelaki itu
menjawab: “Engkau tidak akan dapat bersabar. Bagaimanakah engkau boleh bersabar
melihat sesuatu yang engkau tidak tahu menahu tentangnya?”
Nabi Musa
berkata: “Insya-Allah engkau akan mendapatiku bersabar dan aku tidak akan
membantah.”
Lelaki itu
berkata: “Jika engkau mengikutku, janganlah engkau tanyakan kepadaku tentang
apa-apa pun sehingga aku terangkan kepadamu sebabnya.”
Lalu kedua-duanya
pun berjalan ke pantai dan menemui sebuah perahu. Mereka meminta orang-orang di
perahu itu membawa mereka bersama-sama. Orang-orang itu kenal akan al-Khidir
dan bersetuju membawa mereka tanpa upah. Apabila kedua-dua mereka berada di
atas perahu itu, datang seekor burung dan bertenggek di tepi perahu itu sambil
mematuk air laut sekali atau dua kali.
Nabi Khidir pun
berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit
pun sama seperti burung itu tidak mengurangkan air laut dengan patukan
muncungnya!”
Selepas itu Nabi
Khidir mengambil sebilah kapak dan mengopak sekeping papan perahu
tersebut.
Lalu Nabi Musa
bertanya: “Apakah yang engkau lakukan? Orang itu menumpangkan kita dengan
percuma, tetapi engkau merosakkan perahu mereka supaya mereka tenggelam
lemas. Engkau telah melakukan sesuatu yang merbahaya!”
Nabi Khidir
menjawab: “Bukankah sudahku katakan engkau tidak akan dapat bersabar
bersama-samaku?”
Nabi Musa pun
berkata: “Janganlah engkau menyalahkanku kerana suatu yang aku lupa dan
janganlah menyusahkan aku dengan sesuatu yang sukar!”
Setelah mendarat
mereka temui pula seorang anak muda yang sedang bermain-main dengan
kanak-kanak. Nabi Khidir lalu memegang leher anak muda itu dan memulas
begini…(Sufyan menunjukkan dengan jarinya seolah-olah memetik sesuatu).
Nabi Musa
berkata: “Patutkah engkau membunuh seorang yang tidak berdosa? Sesungguhnya
engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar.”
Nabi Khidir
menjawab: “Bukankah sudah aku kata, engkau tidak akan dapat bersabar
bersama-samaku?”
Nabi Musa
berkata: “Andainya aku menyatakan sesuatu lagi selepas ini, maka janganlah
engkau berkawan lagi denganku. Sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan
dariku.”
Kedua-duanya pun
meneruskan perjalanan mereka hingga tiba di sebuah kampung. Mereka meminta
penduduknya memberi mereka makanan, tetapi orang-orang kampung itu menolak
permintaan mereka. Kemudian kedua-duanya mendapati sebuah dinding condong yang
hampir roboh, Nabi Khidir lalu menahannya dengan tangannya begini…….(Sufyan
memberi isyarat seolah-olah menyapu sesuatu dari bawah ke atas).
Nabi Musa pun
berkata: “Kaum ini kita datangi dan mereka tidak memberi kita makanan dan tidak
juga menjadikan kita sebagai tetamu, tetapi engkau menyandarkan diri ke dinding
mereka yang condong, agar ia tidak runtuh. Sedangkan kalau engkau mahu, engkau
boleh meminta upah dari mereka kerana pertolongan itu.”
Nabi Khidir
berkata: “Inilah bandingan antara aku dengan engkau. Sekarang aku akan
memberitahumu pengertian yang tersembunyi dari perbuatan-perbuatanku yang
engkau tidak dapat bersabar melihatnya itu….”
Dan Ibnu Abbas
menyebut lagi bahawa " di depan mereka (ketika di laut) ada raja yg
merampas semua perahu-perahu yang masih baik". Dan sesungguhnya budak itu
adalah seorang yang kafir dan kedua ibu bapanya adalah orang yang
beriman".
Dari kisah yang telah disebutkan oleh Allah swt
dan Nabi
saw tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir ini, mempunyai pengajaran yang terlalu
banyak. Antaranya, Jangan menganggap diri sendiri lebih dari orang lain kerana
setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Orang yang Allah
berikan ilmu, bukanlah bererti dia mengetahui semua perkara sepertimana kata
Nabi Khidir kepada Nabi Musa: “Wahai Musa! Sesungguhnya aku mengetahui dari
ilmu Allah yang diajarkannya kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan
engkau mengetahui dari ilmu Allah yang diajarkannya yang aku tidak
mengetahuinya!” .
Dan kita juga perlu mangetahui bahawa, Ilmu Allah ini
bukanlah sekadar apa yang termaktub didalam kitab atau buku yang perlu
dipelajari didalam kelas semata-mata. Tetapi ilmu Allah itu perlu juga dipelajari melalui
pengalaman hidup samaada dari diri sendiri atau orang lain.
Sebagai
pengakhirannya, cuba kita fahami "Apabila kedua-dua
mereka berada di atas perahu itu, datang seekor burung dan bertenggek di tepi
perahu itu sambil mematuk air laut sekali atau dua kali.
Nabi Khidir pun berkata: “Wahai Musa! Ilmuku dan ilmumu
tidak mengurangkan ilmu Allah sedikit pun sama seperti burung itu tidak
mengurangkan air laut dengan patukan muncungnya!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan