Kelebihan Berwuduk
Daripada Abu Hurairah RA,
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
”Apabila seorang muslim
atau mukmin berwuduk,
maka dia membasuh mukanya
keluarlah daripada mukanya itu
segala dosa yang dilakukan
oleh matanya
bersama air
atau bersama dengan
titisan air yang akhir.
Apabila dia
membasuh
kedua tangannya keluarlah
daripada keduanya segala dosa
yang
dilakukan oleh tangannya
bersama air atau bersama
titisan air yang
akhir.
Apabila dia membasuh
kedua kakinya keluarlah
segala dosa yang
dilakukan
oleh kedua kakinya bersama air
atau bersama titisan air
yang
akhir sehingga bersihlah
dia daripada segala dosa.”
Huraian Hadith:
-
Dua kelebihan berwuduk ialah jasad seseorang akan bersih daripada kekotoran dan jiwa pula bersih daripada dosa.
-
Wuduk yang dilakukan dengan cermat dan sempurna boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan.
Allah berfirman dalamAl-Quran yang maksudnya:"Hai orang-orang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah mukamu dan tanganmusampai ke siku, dan sapulah kepalamudan (basuh) kakimu sampaidengan kedua mata kaki...( Surah al-Maa'idah : 6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan