:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 19 Januari 2013

Jadikan sirah nabi panduan hidup

Jadikan sirah nabi panduan hidup



Kedatangan dan perutusan Baginda SAW membawa agama Islam adalah nikmat agung kepada umat Islam kerana dengan agama Islam mereka terselamat daripada menjalani kehidupan dalam alam kekufuran dan kejahilan.



Namun, sejauh mana kita menghargai nikmat itu. Jawapannya ialah apabila kita boleh menjawab apakah sumbangan kita terhadap ajaran dibawa Baginda SAW sebagai utusan Allah SWT kepada manusia.
Apa yang penting adalah memahami tujuan Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad kerana itulah sebenarnya tujuan kita menganjurkan sambutan Maulidur Rasul setiap tahun.


 
Allah beri petunjuk




Firman Allah SWT:
 “Pada mulanya manusia 

 adalah umat yang satu. 

Setelah mereka berselisih,
 maka 
Allah mengutuskan nabi-nabi 

sebagai pembawa khabar 

gembira kepada mereka 
yang beriman (syurga) dan 

balasan buruk bagi 

mereka yang ingkar (neraka). 

Diturunkan bersamanya kitab 
yang mengandungi 

keterangan yang benar 

serta melaksanakan ketetapan 

terhadap apa yang diselisihkan. 

Tiadalah sebab
 atas perselisihan itu 

melainkan perasaan hasad dengki 

setelah datangnya kitab 

dengan keterangan yang nyata. 

Maka Allah
 memberikan petunjuk 

kepada mereka yang 

beriman hasil perselisihan itu. 
Allah sentiasa
 memberi petunjuk kepada
 mereka yang dikehendaki.”

 (Surah al-Baqarah, ayat 213)  




Selepas berlakunya kisah Adam dan Hawa, manusia sepakat menyembah Tuhan yang satu sehinggalah ada kalangan mereka yang mengambil sembahan lain daripada Allah SWT. Inilah kesan kepada pengabdian yang jauh daripada ajaran Allah SWT yang akan mengakibatkan perpecahan berpanjangan.





Yahudi, Kristian pinda kitab 





Semuanya bermula daripada kaum Yahudi serta Kristian yang dikurniakan kitab Taurat dan Injil lalu bertindak meminda serta mengubah isi kandungannya mengikut kehendak nafsu mereka.


Firman Allah SWT: 



“Celakalah mereka 
yang menulis kitab dengan
 tangan mereka sendiri kemudian

mendakwa ia daripada Allah SWT

kerana habuan dunia yang sedikit.”


 (Surah al-Baqarah, ayat 79)






Begitu juga Rom, Mesir dan Yaman yang dianggap bertamadun pada ketika itu turut terbabit dalam kancah penyelewengan ini. China, India dan Parsi juga menjadikan kebendaan sebagai asas pembinaan tamadun mereka.




Wanita diperdagangkan dan pergaulan mereka sudah tiada batasan sehingga dianggap lebih buruk daripada binatang. Maka datanglah nabi dan rasul untuk mengembalikan manusia kepada landasan sebenar bersesuaian fitrah kejadian manusia.





Sirah nabi sebagai rujukan





Justeru, segala pengajaran Baginda SAW daripada perkataan serta perbuatan Baginda adalah sumber ikutan kepada umat Islam. Malah, sirah perjalanan hidup Baginda adalah rujukan terbaik untuk umat manusia.




Ulama terdahulu berusaha mengumpulkan hadis daripada sumbernya yang banyak seterusnya meletakkan kedudukan hadis itu sama ada sahih, lemah atau rekaan. Kajian dibuat terhadap setiap perawi hadis sehinggalah kepada Baginda SAW.





Dikaji sehingga kepada penafsiran serta penilaian hukum yang terdapat kepada maksud kalam Baginda SAW. Perkara yang menjadi perbahasan dan perbezaan atau sepakat ulama juga diambilkira bagi memelihara kesinambungan warisan Baginda SAW.





Bagi kita pada hari ini sudah cukup dengan rujukan kepada enam kitab hadis yang masyhur termasuk Sunan Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Musnad Abi Ya’la, Mustadrak Hakim, dan Mu’jam Tabrani. Inilah rujukan ulama hari ini bagi menentukan kedudukan hadis.
 



Sesungguhnya pengetahuan seorang insan mengenai dirinya membuka ruang untuk mengenal Allah SWT.
Sebahagian ahli ilmu berpendapat, sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Allah SWT.

 




Ungkapan ini memiliki nilai kebaikan kerana mengenal diri sendiri mendorong kepada muhasabah yang berkesan dan boleh menjana motivasi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manusia termasuk daripada salah satu tanda kekuasaan-Nya yang mesti dinilai dan diperhatikan seperti makhluk ciptaan Allah SWT yang lain.
 





Firman Allah SWT: 


“Kami akan memperlihatkan 

kepada mereka
 tanda-tanda (kekuasaan)

 Kami di segenap ufuk

dan pada diri mereka sendiri, 

sehingga jelaslah bagi mereka

bahawa al-Quran itu adalah benar.

Dan apakah Tuhanmu tidak cukup 

(bagi kamu) bahawa sesungguhnya 

Dia menyaksikan segala sesuatu? 


(Surah al-Fussilat, ayat 53)




Oleh itu mengenal diri sendiri akan membawa sikap positif bagi manusia seterusnya dapat menempatkan dirinya dalam situasi yang baik dan sentiasa mengingati Allah SWT. Sempena Maulidur Rasul, mari kita merenung dan bermuhasabah terhadap apa yang ditinggalkan Baginda SAW sebagai panduan hidup kita.



Penulis Eksekutif Agama 

The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

 
Sumber
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...