10 wasiat imam Alsyahid Hassan Albanna
1. Apabila mendengar azan
maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran,
tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis ilmu,
dan
amalkanlah zikrullah
dan
jangan membuang masa
dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur
dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah
satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar
dalam apa-apa perkara sekalipun
kerana pertengkaran yang kosong
tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa
kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu
sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau
kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring
daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah
suatu resmi yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada
mengumpat-ngumpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan
janganlah bercakap melainkan
apa-apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalan dengan setiap muslimin
yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita
ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. Kewajiban-kewajiban kita
lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita,
oleh itu
gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya
dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
BACALAH…RENUNGLAH…KEMUDIAN JADIKAN AMALAN…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan