Berkata Ali r.a :
"Saya dan Fatimah
telah pergi ke rumah
Rasulullah s.a.w.
Apabila kami masuk
ke rumah baginda
maka kami melihat
Rasulullah s.a.w
sedang menangis,
maka saya bertanya kepada Rasulullah:
'Ya Rasulullah
Mengapa Rasulullah menangis?"
Rasulullah bersabda:
"Aku melihat
10 jenis seksaan
bagi wanita
antaranya:
1. Orang perempuan
yang digantung dengan
rambutnya
dan
otak di kepalanya
mendidih.
2. Orang perempuan
yang digantung
dengan lidahnya
dan
tangannya dikeluarkan
dari punggungnya
dan
minyak
dituangkan ke dalam
kerongkongnya.
3. Orang perempuan
yang digantung
dengan buah dadanya
dari arah punggungnya
dan
air kayu zakum
dituangkan ke
dalam
kerongkongnya.
4. Orang perempuan
yang digantung
dan
diikat dua
kakinya beserta
dua tangannya sampai
ubun-ubunnya
dan
di belit dengan beberapa
ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan
yang makan badannya sendiri
dan
di bawahnya terdapat
api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan
yang memotong badannya sendiri
dengan gunting
daripada neraka.
7. Orang perempuan
yang berwajah hitam
dan
dia makan
usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan
yang tuli,
buta,
dan
bisu di dalam
peti daripada neraka
sedang darahnya mengalir
dari lubang bahagian badannya
seperti hidungnya,
telinga, dan mulut.
Badannya pula
berbau busuk
sebab penyakit kulit
dan
penyakit lepra.
9. Orang perempuan
yang kepalanya
seperti
kepala babi
dan badannya pula
seperti keldai,
mereka mendapat
seksaan
sejuta macam
seksaan.
10. Orang perempuan
yang berbentuk anjing
dan
beberapa
ekor ular dan kala jenking
masuk ke dalam
mulutnya dan
keluar melalui dibuburnya
dan
para malaikat memukuli
kepalanya dengan palu
mereka dari neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a
mendengar kata-kata ayahnya
itu maka Fatimah pun berkata :
"Wahai ayahku,
ceritakanlah padaku
apakah amal-amal
yang telah dilakukan
oleh
wanita-wanita tersebut.
Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Wahai anakku Fatimah,
adapun
Orang perempuan
yang digantung dengan rambutnya,
kerana dia tidak mahu
menutupi (melindungi) rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki lain.
Iaitu tidak mahu
menutup auratnya.
Orang perempuan
yang digantung dengan lidahnya
adalah kerana
dia suka menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w.
telah bersabda :
"Sesaorang wanita
yang menyakiti suaminya
dengan kata-katanya
maka
Allah SWT
akan melebarkan lidahnya
di hari kiamat nanti
selebar 70 zira
dan
akan mengikat
di belakang lehernya.
Seseorang perempuan
yang menyeksa suaminya
dengan kata-katanya
maka
Allah SWT
melaknatinya
maka
para malaikat
juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata:
"Seseorang perempuan
yang mengatakan kepada suaminya
dengan berkata
"Aku belum
pernah melihat kebaikanmu"
Maka
Allah SWT
akan
menghapuskan
amal kebaikannya
selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa
pada siang hari dan mengerjakan
solat pada malam hari.
Orang perempuan
yang digantung
dengan buah dadanya,
adalah kerana
dia menyusui
anak orang lain
tanpa mendapat
izin suaminya.
Orang perempuan
yang diikat dengan kakinya
adalah kerana
dia keluar rumah
tanpa izin suaminya
terlebih dahulu
dan
tidak mandi hadas besar.
Yakni mereka yang
tidak mandi
bagi membersihkan diri
setelah kedatangan
haid dan nifas.
Orang perempuan
makan badannya sendiri
adalah kerana
berhias untuk dilihat oleh
lelaki lain
dan
mereka yang
suka membicarakan
aib orang lain.
Orang perempuan
yang memotong-motong
badannya sendiri
dengan gunting dari neraka
adalah kerana
dia memasyurkan dirinya
dikalangan orang ramai,
dengan bermaksud
supaya orang melihat
akan perhiasannya.
Dan
setiap orang yang melihatnya
akan tertarik kepadanya
sebab
perhiasan yang dia pakai.
Orang perempuan
yang diikat kedua-dua kaki
dan
tangannya sehingga sampai
kepada ubun-ubunnya
dan
dibelit dengan
beberapa ular dan kala jengking
adalah kerana dia itu
boleh bersolat,
puasa,
tetapi
tidak mahu
mengambil wuduk
dan
ia tidak mahu
mengerjakan solat
dan
tidak mahu juga
mandi junub.
Orang perempuan
kepalanya seperti
kepala babi,
dan
badannya seperti keldai,
adalah kerana
dia suka
mengadu domba
dan sangat suka
berdusta.
Orang perempuan
yang berbentuk seperti anjng
adalah
kerana dia itu
ahli fitnah dan suka marah
kepada suaminya
Abdullah bin Umar berkata
bahawa
Rasulullah s.a.w.
telah bersabda bahawa:
"Kalaulah
semua yang ada
di bumi ini
berupa emas dan perak,
kemudian dibawa
oleh
seorang perempuan
ke rumah suaminya,
maka
satu hari
dengan bangganya dia berkata:
'Awak ini siapa,
semua harta
yang ada di sini
adalah milik aku,
engkau tidak mempunyai
harta apa-apa pun' .
Maka
sesungguhnya
Allah SWT
akan menghapuskan
semua amal baiknya
walaupun amal
itu banyak".
Ibnu Abbas r.a
berkata bahawa
Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:
"Seseorang perempuan
yang keluar dari rumahnya
tanpa izin suaminya,
sesungguhnya
dia dikutuk
oleh segala yang disinari
matahari dan bulan
sehingga
dia kembali
ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a
berkata bahawa
Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:
"Apabila
seseorang perempuan itu
keluar dari rumahnya
dengan memperhiaskan dirinya
dan memakai
wangi-wangian yang harum
dan si suami pula
membenarkannya,
maka
sesungguhnya
Allah SWT
akan
membangunkan kepadanya
setiap langkah
isterinya itu
satu rumah
dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah
berkata bahawa
dia mendengar
Rasulullah bersabda:
"Apabila
seseorang perempuan itu
sentiasa bermasam muka
terhadap suaminya
dan
menyebabkan suaminya itu
susah hati
maka
sesungguhnya
Allah swt memurkainya
sehingga dia tidak lagi
boleh tertawa
di hadapan suaminya
atau pun
menggembirakan
suaminya itu".
1 ulasan:
salam roha..ya allah ya tuhanku..jauhilah kami semua dari siksaan kubor..selamatkanlah hambu mu ya allah..
Catat Ulasan