:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 14 Mei 2010

Keistimewaan Khadijah







Hadith :

Dari ‘Aisyah r.a katanya:
”Saya tidak cemburu
kepada seorang perempuan
seperti cemburunya saya
kepada Khadijah.
Sesungguhnya Tuhan
telah menyuruh Nabi
untuk menyampaikan
berita gembira kepada Khadijah
akan memperoleh
rumah di dalam
syurga.”

(Bukhari)




Huraian :


Rasulullah s.a.w
memperisterikan Saidatina Khadijah
bukan kerana status sosialnya
yang tinggi yang terkenal
sebagai seorang yang hartawan
lagi dermawan
tetapi
adalah kerana
sifat Saidatina Khadijah itu sendiri
yang mempunyai peribadi
dan
akhlak yang mulia.
Saidatina Khadijah
adalah seorang
yang berfikiran tajam,
sabar
dan
berpandangan jauh.
Lebih daripada itu,
Khadijah adalah
seorang isteri
yang benar-benar memahami
keadaan suaminya.
Ini terbukti
ketika mana
pertama kali baginda
menerima wahyu
dilantik menjadi utusan Allah,
Khadijahlah
yang menenangkan hati baginda
dan
kemudian mempertemukan baginda
dengan sepupunya
Waraqah bin Naufal
yang mengatakan bahawa
baginda adalah seorang Nabi.
Khadijah sebenarnya
adalah seorang isteri
yang mampu menyuntik
semangat seorang suami
dalam menyempurnakan amanah
kepada Allah
bahkan
beliaulah orang
yang mula-mula
memeluk Islam
sebelum nabi berdakwah
di kalangan para sahabat
baginda yang lain.
Dalam diri Khadijah
ditemui teladan wanita terbaik;
wanita yang
subur dengan kasih-sayang
yang juga
telah melahirkan
anak-anak baginda iaitu:
al-Qasim,
Abdullah,
Zainab,
Ruqayya,
Umm Kulthum
dan
Fatimah.
Dalam perjuangan baginda
menegakkan agama Islam,
Khadijahlah
orang yang paling banyak
berkorban,
harta dan tenaga
dalam mempertahankan baginda
dari disakiti
oleh
kaum Quraisy.
Begitu banyak peranan
yang telah dimainkan
oleh Khadijah
bahkan boleh dikatakan
bahawa beliau
telah menjadi
tulang belakang
dalam kegiatan dakwah Rasulullah.
Dan
berpadanan dengan jasa
dan
pengorbanannya itu
Allah S.W.T
telah mengurniakannya
sebuah rumah
di dalam tempat yang
paling mulia iaitu
syurga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...